Connect with us

Oh! Media

Dikecam ‘Downgrade’ Wanita Lain, Gadis Berpurdah Ini Mohon Maaf

Gadis Purdah Tiktok

Trending

Dikecam ‘Downgrade’ Wanita Lain, Gadis Berpurdah Ini Mohon Maaf

Di TikTok, seorang gadis berpurdah tampil memohon maaf selepas tular video mendakwa dirinya memperlekehkan wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

BACA: “Ia Cara Saya Berdakwah Di TikTok”, Gadis Berpurdah Tak Kisah Dikecam Netizen

Dalam video itu, gadis berkenaan dipercayai menggunakan latar belakang suara bertanya kepada kaum Adam adakah teman wanita mereka menutup aurat dengan sebaiknya.

IKLAN

Awek kau cantik? Pandai tutup aurat tak?

Tak?? Lemah.

Video berkenaan turut memaparkan beberapa keping foto gadis berpurdah memakai pakaian longgar menutup aurat.

Gadis purdah tiktok dikecam

Perkongsian itu walau bagaimanapun tidak disenangi orang ramai. Rata-rata mengecamnya mendakwa perbuatan itu seolah-olah memperkecilkan wanita yang lain.

Gadis berpurdah mohon maaf

@ashalyabdaziz

Permohonan maaf saya secara terbuka kepada semua atas kesilapan saya membuat content yang menyinggung perasaan banyak pihak tempoh hari 🙏🏻

♬ original sound – Asha

Susulan itu, gadis ini memohon maaf kerana telah mengguris perasaan ramai pihak. Dia mengaku silap kerana lalai dan tidak berfikiran panjang dalam melakukan sesuatu.

Gadis ini berkata, video yang dimuat naik adalah trend semata-mata. Dia mengaku salah dan turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah menasihatinya. Malah, dia telah memadam video untuk mengelakkan isu daripada berpanjangan.

Kredit: TikTok @ashalyabdaziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas