Connect with us

Oh! Media

Daun Pandan Boleh Halau Lipas Dalam Kereta? Ini Penjelasan Pakar

38cde9bb 5ad5 4325 a70d 75dc9b74d453

Oh! Gear

Daun Pandan Boleh Halau Lipas Dalam Kereta? Ini Penjelasan Pakar

Mesti ada antara korang yang pantang gila bila nampak serangga dalam kereta, tambah lagi bagi mereka yang takutkan lipas tu kan? Kehadiran serangga-serangga ini secara tak langsung menyebabkan fokus pemanduan korang terganggu.

BACA : Mudah Dan Berkesan! Cara Hapuskan Lipas Guna 3 Bahan Je

Terdapat pelbagai cara bagi menghalau lipas yang ada di dalam kereta termasuklah meletakkan daun pandan. Tapi, betul ke berkesan kalau kita gunakan cara ni?

IKLAN

Menurut laporan Pandu Laju, terdapat syarikat kawalan makhluk perosak dari Singapura yang menjawab persoalan ini di laman web mereka. Katanya, daun pandan bukanlah penyelesaian yang berkesan kerana lipas boleh mengelak dari kawasan daun itu diletakkan, ianya juga tidak mampu untuk membunuh serangga berkenaan.

Bukan tu jer, apabila daun tersebut kering setelah sekian lama berada dalam kereta, ianya boleh menjadi sumber makanan kepada lipas berkenaan. Jadi, apa yang perlu kita buat?

Terdapat 3 cara yang kita boleh buat untuk mencegah lipas dari masuk ke dalam kereta iaitu elakkan makan dalam kereta, elak parkir kereta berhampiran longkang atau kawasan kotor dan keraplah membersihkan ruang dalaman kereta.

Kondisi kereta berada pada tahap agak serius apabila lipas muncul berkeliaran dalam kereta pada waktu siang. Bila nampak jer, korang teruslah pergi ke tempat yang menawarkan servis membunuh serangga dalam kereta sebelum ianya merosakkan komponen dalaman kereta.

Kredit: Pandu Laju | Rentokill

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas