Connect with us

Oh! Media

Menjerit Dalam Hati Elak Virus Pandemik, Dialog Wartawan Ini Cetus Tanda Tanya Netizen

Wartawan

Trending

Menjerit Dalam Hati Elak Virus Pandemik, Dialog Wartawan Ini Cetus Tanda Tanya Netizen

Seperti yang kita ketahui, pembaca berita atau wartawan merupakan salah satu aset utama dalam menyampaikan isu semasa melibatkan dalam dan luar negara.

BACA: (VIDEO) Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Satu Perkataan Cuit Hati Netizen

Wartawan juga tidak kurang hebatnya apabila kebanyakan daripada mereka akan menuju ke lokasi kejadian bagi membahaskan situasi yang berlaku di sana.

IKLAN

Disebalik penyampaian mereka, terdapat juga beberapa kesilapan kecil yang pernah berlaku termasuklah kesalahan dalam penggunaan ayat ataupun pembacaan yang mengelirukan.

Wartawan bahas tentang roller coaster

6918 01

Baru-baru ini, Astro Awani telah memuat naik video di aplikasi TikTok memaparkan sebuah berita berkenaan salah satu roller coaster yang terpantas di dunia.

Menurutnya, taman tema yang terletak di Jepun itu mendapat perhatian ramai oleh kerana kebolehannya mencapai kelajuan sehingga 180 kilometer per jam dalam tempoh 1.5 saat.

Namun, permainan tersebut terpaksa ditutup selepas dilaporkan terdapat beberapa individu yang mengalami kecederaaan patah tulang selepas menggunakannya.

Dialog wartawan cetus tanda tanya

Disebalik pembahasan tentang taman tema itu, terdapat sebuah kejadian yang menjadi perhatian iaitu dialog yang dilemparkan wartawan tersebut.

Video klip yang dimuat naik itu disertakan dengan suara latar wartawan berkenaan yang menyatakan bahawa pihak pengurusan hanya membenarkan pengunjung menjerit di dalam hati bagi mengelakkan penularan virus pandemik.

Dialog yang dinyatakan itu muncul pada minit terakhir pada video berkenaan selepas mengulas tentang kelajuan roller coaster tersebut.

@501awani

Alamak, seramnya… #FYP #AWANInews #BeritaDiTikTok

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Netizen turut terhibur

Meninjau pada ruangan komen, dilihat rata-rata netizen mempersoalkan maksud disebalik dialog berkenaan selain turut menyatakan pelbagai spekulasi.

Screenshot 774
Screenshot 775
Screenshot 779
Screenshot 778
Screenshot 787

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 200,000 jumlah tontonan serta 16,000 tanda suka.

Kredit: TikTok Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas