Connect with us

Oh! Media

Tak Benarkan Merakam Ketika Suntikan, Alasan Petugas Ini Cetus Kecaman Netizen

Vaksin

Trending

Tak Benarkan Merakam Ketika Suntikan, Alasan Petugas Ini Cetus Kecaman Netizen

Mengikut statistik, dilaporkan lebih daripada 50.1% masyarakat di Malaysia telah pun mendapatkan suntikan vaksin dan dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.

BACA: Bekas PM Nyatakan 87 Juta Dos Vaksin Ditempah Cukup Untuk Rakyat

Pengambilan vaksin juga mendapat perhatian daripada masyarakat bagi mengurangkan simptom jangkitan serta membantu mengelakan penularan.

IKLAN

Seperti yang kita ketahui, aktiviti merakam sewaktu mendapatkan suntikan adalah dibenarkan sejak bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaludddin mengumumkan perkara itu.

Namun, terdapat juga kejadian yang sama berlaku melibatkan aktiviti merakam ketika berada di dalam Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) baru-baru ini.

Rakaman suntikan dihalang oleh pegawai

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter bernama @Winraffm, dia dikatakan telah dihalang oleh seorang pegawai untuk merakam dirinya.

Menurutnya, tujuan dia merakam adalah sekadar untuk ditunjukkan kepada keluarga sahaja, tetapi niatnya itu tidak mendapat kebenaran seorang pegawai yang bertugas.

Selain itu, pemuda itu turut menyatakan bahawa dia dilayan baik oleh para jururawat sebelum itu dan turut membenarkan dirinya untuk merakam video.

https://twitter.com/winraffm/status/1430379205355663367

KJ dan letak jawatan

Dalam pada itu, beliau yang dimaklumkan oleh pihak pegawai tersebut supaya tidak merakam turut memberikan alasan Khairy Jamaluddin sudah tidak lagi menyandang jawatan tersebut.

Tak boleh merakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam.

Pemuda itu turut diarahkan untuk mematikan rakaman walaupun hanya sekadar merakam diri sendiri tanpa memperlihatkan wajah petugas yang lain.

Netizen turut meninggalkan komen

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah mempertikai tindakan pegawai itu.

Screenshot 752
Screenshot 753
Screenshot 754
Screenshot 756
Screenshot 761

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 200,000 tontonan serta mendapat 4,900 tweet semula.

Kredit: Twitter @Winraffm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas