Connect with us

Oh! Media

Bekas PM Nyatakan 87 Juta Dos Vaksin Ditempah Cukup Untuk Rakyat

pm

Oh! Negara

Bekas PM Nyatakan 87 Juta Dos Vaksin Ditempah Cukup Untuk Rakyat

Disebalik pengumuman terakhir Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) tadi, beliau turut sempat membentangkan apa yang telah diusakan kabinetnya selama ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Sasaran 50% Dewasa Terima Vaksin Lengkap Capai Bulan Ini

Perancangan ini telah disusun dengan teratur kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan Malaysia mencapai tahap imuniti kelompok dalam tempat 2 bulan ke dpean iaitu pada bulan Oktober 2021.

Segala perancangan sudah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Justeru, momentum pelaksanaan program vaksinasi tidak boleh terganggu. Rekod kita mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan. – Katanya.

Muhyiddin turut menyatakan sebanyakan 87 juta dos vaksin telah ditempah untuk diberikan kepada rakyat dengan perbelanjaan RM4.36 billion.

Jumlah ini dilihat amat mencukupi bagi menampung jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Oleh itu, Muhyiddin berharap kerajaan baharu dan PM dapat dibentuk dengan segera bagi memastikan segala perancangan dapat digerakkan dengan lancar.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas