Connect with us

Oh! Media

Ini 4 Aksesori Yang Tidak Perlu Ada Dalam Kereta, Bahaya!

6ebdc558 6cba 44b5 959d bd8b7d98fa78

Oh! Gear

Ini 4 Aksesori Yang Tidak Perlu Ada Dalam Kereta, Bahaya!

Hampir kesemua penggemar kereta diluar sana pasti akan tambah beberapa aksesori di kereta masing-masing untuk mencantikkan lagi rupa kereta dari yang sedia ada, betul tak?

Tapi tahu tak, terdapat beberapa aksesori kereta yang boleh menyebabkan kemalangan sekaligus membahawakan nyawa? Meh sini Ohmedia share 4 aksesori membahayakan nyawa yang tidak patut ada dalam kereta korang…

Karpet besar

IKLAN
7b0bfc55 d40d 4e65 8e55 f5906393b5b4

Setiap kereta didatangkan dengan karpet original tersendiri. Mungkin ada antara korang yang tukar karpet disebabkan karpet original telah rosak ataupun tidak kena dengan citarasa korang.

Tapi korang tahu tak karpet yang lebih besar dari original akan menyebabkan korang tidak dapat menekan break dengan betul kerana dihalang oleh karpet tersebut. Bahaya tau dan boleh menyebabkan kemalangan!

Dashboard cover

Aaf8ce6c 5385 4f3f 9127 9a836bb8eff9

Dashboard cover juga adalah salah satu aksesori yang membahayakan. Bukan nak mendoakan, tapi sekiranya korang terlibat dalam kemalangan, dashboard cover ini akan menghalang airbag keluar dan menjadikan airbag tersebut meletup dengan tidak sempurna.

Seatbelt klip

E57b5206 aa22 4b86 a40e 4c3494a990c4

Ramai yang pakai seatbelt klip ini untuk mengelak dari peringatan memakai seatbelt yang bising dari kereta kan? Ini juga salah satu aksesori yang tidak berguna dan sekiranya korang terlibat dalam kemalangan, seatbelt klip ini tidak dapat menampung berat badan korang dan menyebabkan korang terpelanting ke hadapan.

Satu lagi, korang tidak dapat claim insuran sekiranya pihak insuran mendapati terdapat seatbelt klip ini dalam kereta korang tau.

Sticker wheel steeeing

0647a7e9 b353 4810 9ff4 959a42cfa82c

Mesti ada antara korang yang gantikan emblem dengan sticker wheel steering kan? Konon bagi nampak lagi cantik. Iye memang cantik, tapi korang tahu tak yang ia boleh mencederakan korang sewaktu airbag meletop, tambah lagi di bahagian muka sekiranya berlaku kemalangan. 

@adrianchiaaa

Korang ada pasang ke? #fypmalaysia #carmalaysia #cartips #carsafety #TikTokGuru

♬ Reality – Lost Frequencies

Aksesori-aksesori di atas memang cantik untuk digayakan, tapi mempunyai risiko keselamatan yang sangat tinggi. Kalau korang ada aksesori-aksesori yang disebutkan tadi, buanglah daripada kereta demi keselamatan.

Kredit: WapCar.my

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas