Connect with us

Oh! Media

Atta Halilintar Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua

Kali Kedua Positif Covid

Umum

Atta Halilintar Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua

Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar disahkan positif Covid-19 kali kedua semalam selepas kali pertama dijangkiti sebelum melangsungkan perkahwinan dengan isterinya Aurel Hermansyah.

‘Anak angkat’ kepada presiden Indonesia itu mengatakan pada laman media sosial Instagram beliau yang mana beliau terkejut akan dijangkiti virus ini buat kali kedua.

Ya Allah Shock!! Aku positif COVID-19 lagi untuk kedua kalinya… Setelah swab test untuk besok kerja terbang ke Solo…Ternyata hasilnya positif.

Screenshot 24
Keadaan Atta Halilintar yang terbaring lemah akibat dijangkiti Covid Sumber Instagram

Pada masa itu, isterinya, Aurel Hermansyah iaitu anak sulung kepada penyanyi Anang Hermansyah kini sedang menunggu hasil Swab PCR-nya bagi mengetahui sama ada beliau turut dijangki Covid-19 atau tidak.

IKLAN

Dalam tempoh itu, Aurel terpaksa menjalani kuarintin sendiri dan berpisah dengan Atta. Doktor juga menasihati Aurel untuk tidak kemana-mana selama 5 hari bagi memantau keadaannya.

553 1
Atta Halilintar bersama isterinya Aurel Hermansyah

Menurut Atta, beliau menyangka bahawa isterinya yang menghidapi Covid-19 kerana Aurel menunjukkan gejala seperti selsema.

Sejak semalam dia yang sakit badannya dan bersuara sengau, saya ingatkan isteri yang positif, tapi rupa-rupanya saya.

Pada masa yang sama, Atta menasihati dan meminta orang-orang yang bertemu dengannya ataupun Aurel untuk melakukan Swab test selain berharap dirinya cepat sembuh dan sihat sejahtera.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas