Connect with us

Oh! Media

HP Spectre x360 14 Mudahkan Kerja Dari Rumah, Mampu Bertahan Sehingga 17 Jam Penggunaan

11088daa febf 45a3 9a00 ce042b64061b

Oh! Tech

HP Spectre x360 14 Mudahkan Kerja Dari Rumah, Mampu Bertahan Sehingga 17 Jam Penggunaan

Laptop merupakan salah satu benda yang sangat penting bagi sesiapa yang bekerja dari rumah ataupun menjalani pelajaran secara online. Kalau korang nak tahu, HP baru jer keluarkan laptop terbaru mereka iaitu Spectre x360 14 gais.

9ce0a0ee 6dea 49e8 a59e b35859ab723c

Laptop ini didatangkan dengan skrin sentuh sebesar 13.5 inci yang menyokong IPS Full HD. Bukan tu jer, skrin dia ni sangatlah privasi tau sebab orang lain tak dapat tengok dengan clear dari sudut lain dengan ciri HP Sure View Reflect yang tersedia.

204a5621 3b46 4bb8 be5d 5fbf80272969

Bateri pada HP Spectre x360 14 ni dikatakan mampu bertahan sehingga 17 jam pengunaan. Apa yang bestnya, ia juga ada ciri HP Fast Charge tau yang memerlukan masa 45 minit jer untuk sampai ke 50% bateri. Pergh! Mantul gais.

IKLAN
88c43a1e 3ed7 48fd a8d4 745c38f16c97

Korang juga diberi dua pilihan pemprosesan, sama ada inginkan Intel Core i5-1135G7 hadir dengan 8GB RAM pada harga RM6,099 ataupun Intel Core i7-1165G7 dan 16GB RAM pada harga RM7,099 mengikut bajet dan kegunaan masing-masing. Untuk storage, ia didatangkan dengan 1TB PCIe NVMe tau.

Apa tunggu lagi gais, kalau berminat korang dah boleh dapatkannya dekat laman rasmi HP sekarang gais.

Kredit: HP

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas