Connect with us

Oh! Media

Spec Mantap! WFH & Belajar Dari Rumah Pun Tak Jadi Masalah Dengan HP Pavilion All-In-One 24 & 27 Ini

Branded

Spec Mantap! WFH & Belajar Dari Rumah Pun Tak Jadi Masalah Dengan HP Pavilion All-In-One 24 & 27 Ini

Kerajaan telah menyarankan agar semua rakyat Malaysia bekerja dari rumah bagi mencegah wabak Covid-19 daripada merebak. Bukan tu jer, hampir kesemua pelajar juga terpaksa adakan kelas online agar pembelajaran tetap dapat diteruskan dalam keadaan selamat.

Sebab itulah desktop menjadi salah satu keperluan penting, mesti korang mahukan desktop yang smooth dan tahan lama untuk buat kerja kan? Dah banyak sangat pilihan desktop dekat luar sana tapi Ohmedia nak kongsikan dekat korang dua model desktop HP Pavilion All-In-One 24 & 27 yang hadir dengan spec yang luar biasa dan features yang serba canggih gais, dahlah harga mampu milik.

Paparan Full HD dan Quad HD Touchscreen

Dengan adanya paparan Full HD dan Quad HD bersama features touchscreen pada HP Pavilion ni, kerja-kerja korang akan jadi lebih mudah dengan pengalaman mengedit gambar dan video yang hanya menggunakan jari je.

Barulah feeling bila mengedit, betul tak? Ciri ini menjadikan HP Pavilion All-In-One ini lebih mendapat perhatian berbanding jenama desktop lain di pasaran. 

Wireless Qi Charging Pad pada dekstop

Telefon dan desktop merupakan device yang paling terpenting untuk digunakan semasa korang bekerja dari rumah atau menduduki kelas online.

Bagi memudahkan korang mengakses kedua-duanya sekali, HP Pavilion hadir dengan features Wireless Qi Charging Pad yang terletak pada kaki desktop untuk pastikan telefon sentiasa ada dengan korang semasa buat kerja sekiranya kehabisan bateri. Bukan telefon je, korang juga boleh caj jam pintar dan earphone tau. Pergh! Senang gila bila semuanya ada depan mata.

Mudah gila dengan HP Audio Stream, dah macam remote tv

Mesti ada antara korang yang suka mendengar lagu sambil buat kerja kan? Maklumlah, nak hilangkan tension ataupun bosan. Dengan HP Pavilion ni, korang boleh sambungkan lagu pada telefon korang tu dengan adanya ciri HP Audio Stream.

Bukan Android sahaja, pengguna iOS pun masih boleh dengar lagu yang ada dekat playlist Apple Music korang tu. Nak kawal volume dengan telefon pun boleh, dah macam remote tv gais.

Skrin yang menjaga mata

Pasti ada antara korang yang sibuk bekerja, kadang-kadang nak siapkan kerja tu pun makan masa berjam-jam depan desktop. HP Pavilion adalah pilihan yang paling tepat sebab ia akan menjaga keselesaan mata korang dengan adanya Blue Light Reduction.

Waktu malam pula kalau korang nak layan movie sampai ke pagi esok pun tak jadi masalah. Bukan tu jer, desktop ni siap ada Backlight Controller tau. Fungsinya untuk menghilang kerlipan dan melindungi mata korang dari letih disebabkan paparan LED backlight.

Design yang sangat unik, banyak kegunaan

Kebanyakan orang sekarang ni akan tutup webcam pada desktop sebab takut hacker menceroboh masuk. Jadi, HP Pavilion ni didatangkan dengan kamera pop-up yang akan melindungi privasi korang, bila nak pakai je baru dia akan buka dan takdelah terdedah macam tu je.

Dahlah kemas gila dengan bezel yang sangat nipis, sedap betul mata memandang dan saiz tak terlalu tebal.

Material mesh logam yang digunakan pun nampak sangatlah premium. Kalau korang perasan, design HP Pavilion ni sangatlah familiar sebab ia di inspirasikan dari barangan rumah.

Kalau tak percaya tengoklah dekat speaker dia tu, dah macam sofa atau kusyen dekat rumah korang je kan? Kesemua port yang ada pada HP Pavilion ni pun mudah je untuk korang akses. Dekat tepi ada, dekat belakang pun ada! 

Speaker yang ada pada HP Pavilion ni kelihatan sedikit kecil berbanding model sebelum ni, tapi ia lebih berkuasa dan berikan pengalaman audio terbaik kepada korang. Audio yang terhasil dari Bang & Olufsen dengan 5W dual speaker akan menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan tidak bergema.

Cantik luaran dan dalaman

Kaki movie pun tak jadi masalah untuk memiliki desktop ini sebab ia menggunakan grafik NVIDIA GeForce GTX1650. Best gila! Nak buat kerja boleh, nak santai-santai tengok movie pun boleh dengan paparan yang sangat clear dan smooth, barulah layan! Memang mengadap HP Pavilion ni jelah cerita dia nanti sepanjang hari. 

Kalau korang nak transfer file atau apa saja ke desktop ni pun mesti laju gila sebab ia menggunakan seratus peratus storage SSD. Maklumlah, zaman sekarang ni semua file besar-besar saiznya. Pergh! Memang terbaiklah HP Pavilion ni.

Beli desktop, terus boleh buat kerja

Dengan pembelian kedua-dua model desktop HP ini juga, korang akan dapat Microsoft Office Home & Student 2019 secara percuma gais. Original tau dan bukan yang ciplak punya tu.

Dekat situ korang dah boleh jimat sebanyak RM529, beli je desktop HP Pavilion ni korang dah boleh terus je buat kerja tanpa lengahkan masa. Memang mantul gais!

Servis terbaik dengan laptop terbaik

Desktop ini ada warranty selama 3 tahun sekiranya berlaku kerosakan pada bahagian tertentu. Jadi korang tak perlukah risau ya.

Bukan tu jer, HP juga menyediakan talian bebas tol untuk 30 hari pertama dan perlindungan 1 tahun kerosakan kemalangan. Pergh! Servis yang sangat terbaik.

HP Pavilion 24 dan HP Pavilion 27 ini adalah desktop paling ideal sepanjang menjalani kesibukan hari bekerja dari rumah yang perlu korang dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi gais. 

Mana lagi nak cari desktop yang moden dan serba canggih macam ni? Kalau korang berminat dan ingin mengetahui lebih lagi, boleh terus pergi ke laman web rasmi HP ya gais. 

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas