Connect with us

Oh! Media

Lesen Memandu Tamat Tempoh? Tak Perlu Perbaharui Sehingga 31 Mac & Lakukan Cara Ini Sekiranya Ditahan Polis

9f3b45ec 66ab 43cb a25c 270dad8258ac

Oh! Gear

Lesen Memandu Tamat Tempoh? Tak Perlu Perbaharui Sehingga 31 Mac & Lakukan Cara Ini Sekiranya Ditahan Polis

Kerajaan prihatin! Kepada semua pemilik kenderaan persendirian yang mana mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh, korang diberikan pengecualian untuk memperbaharui lesen korang tu gais.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, perkara ini akan berkuatkuasa dalam tempoh 1 Februari hingga 31 Mac ini. Pengecualian ini dibuat bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, sekaligus bagi mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Walaupun diberi pengecualian untuk perbaharui lesen memandu, korang perlu pastikan kenderaan korang tu ada perlindungan insurans yang sah gais. Salinan sijil perlidungan tu perlu ada dengan korang dan sekiranya ditahan polis nanti, bagilah salinan sijil perlindungan tu dekat mereka nanti ya.

IKLAN

Semua pemegang lesen LKM dan CDL  ni haruslah perbahurui lesen korang tu selewat-lewatnya 30 hari selepas tarikh dikuatkuasakan berakhir iaitu pada 30 April nanti. Jangan lupa pula!

Walaubagaimanapun, pengecualian ini tidak termasuk kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) ya. Jangan korang memandai pula tak perbaharui lesen korang tu, nanti kena saman dengan polis kang, padan muka. Kah!

Kredit: malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas