Connect with us

Oh! Media

Sultan Nazrin Perkenan Semua Masjid & Surau Di Perak Dibuka

Ohmedia 2

COVID-19

Sultan Nazrin Perkenan Semua Masjid & Surau Di Perak Dibuka

Baru-baru ini tersebar beberapa buah jemaah surau telah dikompaun pihak berkuasa apabila didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun, hari ini Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah memperkenankan semua masjid dan surau di negeri Perak untuk kembali menjalankan solat Jumaat.

Ini termasuklah surau yang ada di dalam pejabat, sekolah, kilang-kilang dan semua tempat sepanjang tempoh PKP.

IKLAN

Baginda turut memperkenan had maksimum 40 orang jemaah bagi solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau. Jemaah yang dibenarkan terbatas kepada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 18 hingga 70 tahun. – Kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Datuk Annuar juga menjelaskan aktiviti kuliah agama juga dibenarkan di antara waktu solat Maghrib dan Isyak. Tetapi, jamuan di dalam atau perkarangan masjid dan surau tidak dibenarkan sama sekali.

Sultan Nazrin juga bertitah agar setiap masjid dan surau melakukan solat sunat Hajat bagi memohon kepada Allah agar bencana kesihatan yang melanda dunia ini berakhir segera. #KitaJagaKita

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas