Connect with us

Oh! Media

Guru Mengaji Menangis Di Hadapan Isteri Saat Hukuman Dibacakan

A872ddd6 36dc 4e76 9bc2 453dd34a30d1

Trending

Guru Mengaji Menangis Di Hadapan Isteri Saat Hukuman Dibacakan

Umpama “Api di dalam sekam”, itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan insan yang sepatutnya melindungi anak-anak kecil, tetapi dalam diam rupanya mereka jua yang merosakkan anak-anak itu.

Menurut laporan media semalam, seorang guru mengaji al-Quran telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas dia dituduh melakukan amang seksual kepada murid perempuannya yang berusia 11.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan menyebabkan kanak-kanak perempuan itu memegang alat sulitnya.

IKLAN

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili di sini antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang, pada 2 Februari 2018.

Hakim memutuskan hukuman itu kepada Mohd. Khairul Izzul Anang, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menyangkal kes dikemukakan pihak pendakwaan.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang dalam tahanan selain diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara. – Kata Hakim.

Tertuduh yang berada di kamar pesalah juga dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja hukuman dijatuhkan kepadanya sambil disaksikan oleh isteri tertuduh di galeri awam.

Mengikut fakta kes, mangsa telah dihantar ke rumah tertuduh untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran sebelum mangsa mengadu perbuatan tertuduh itu kepada ibunya sewaktu dia dijemput pulang pada hari itu.

Mohd. Khairul dituduh mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes-kes macam ni lah yang buat kita makin risau nak biar adik-adik kita seorang diri, lebih-lebih lagi dekat rumah orang yang tak dikenali. Doakan semoga ahli keluarga kita sentiasa dilindungi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas