Connect with us

Oh! Media

Kasino di Korea Selatan Hilang RM52j, Pekerja Wanita Warga Malaysia Dicari

D6e1bf1e 8e1e 4989 995f 2ba97e67a1ef

Trending

Kasino di Korea Selatan Hilang RM52j, Pekerja Wanita Warga Malaysia Dicari

Sebuah kasino popular di Pulau Jeju, Korea Selatan kehilangan 14 bilion won bersamaan RM52 juta disana. Apa yang peliknya, wanita warga Malaysia yang dicari kerana ada kaitan dengan kehilangan duit tersebut. Apa kes ni?

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Risikan/Operasi Bukit Aman Datuk Dev Kumar, pihak polis sudahpun berhubung dengan Interpol Korea Selatan bagi mengenalpasti identiti dan maklumat terperinci wanita warga Malaysia yang dicari mereka.


Kami sedang menunggu maklum balas daripada mereka dan akan membantu selepas diminta oleh pihak berkuasa di sana.

Wall Street Journal (WSJ) kelmarin melaporkan yang pengendali kasino tersebut meminta polis untuk mencari pekerja wanita dari Malaysia yang bertanggungjawab atas kehilangan wang itu, dan masih belum kembali bekerja selepas bercuti pada akhir Disember lepas.

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, WSJ juga percaya yang kejadian ini lebih dari dua orang yang terbabit. Berani ya dia buat macam tu kalau betul kejadian ni berlaku, dahlah dekat negara orang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas