Connect with us

Oh! Media

OnePlus Nord Mungkin Dilancarkan Pada 21 Julai Nanti

Ohmedia one plus nordjpg

Umum

OnePlus Nord Mungkin Dilancarkan Pada 21 Julai Nanti

OnePlus memang terkenal dengan sebuah smartphone yang berspesifikasi tinggi dengan harga yang agak murah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain. Sebelum ni Ohmedia ada share yang OnePlus akan keluarkan smartphone terbaru mereka yang diberi nama OnePlus Nord yang dikatakan akan keluar tak lama lagi, mesti ramai yang tak sabar kan?


BACA : OnePlus Akan Hadir Dengan Nama Lain Untuk Smartphone Bajet Baru Mereka!

xda developers sempat screenshot posting di Twitter Ishan Agarwal yang mengatakan tarikh rasmi pelancaran OnePlus Nord akan berlangsung pada 21 Julai 2020 sebelum posting tersebut dipadam. Bukan tu jer, acara pelancaran smartphone tu juga dikatakan akan berlangsung secara online menggunakan AR guys! Tapi kita taktahu sama ada benda ni sahih ataupun tidak.

IKLAN

OnePlus Nord ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.55inci Super AMOLED. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ini ialah Snapdargon 765G. Baterinya pula berkapasiti 4,300mAh menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan tri-kamera dengan dengan 64 megapixel sensor utama dan untuk kamera depan pula hadir dengan dwi-kamera bersama 32 megapixel sensor utama. Apapun, kita tunggu OnePlus Nord ni dilancarkan secara rasmi dulu kalau nak tahu maklumat lanjut.

Kredit: xda developers

+ Baca respon pembaca peminat smartphone OnePlus di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas