Trending
Menteri ‘Kunci Mulut’, Agenda Mesyuarat Khas Kabinet Kekal Rahsia
Setelah hampir 4 jam, akhirnya mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyidin Yasin berakhir juga.
Mesyuarat khas ni dipercayai diadakan sebab jemaah menteri nak berbincang dengan lebih mendalam tentang keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk tidak mengisytihar darurat di negara ini.
Kalau ikutkan, lama juga tu mesyuarat berlangsung. Mesti banyak perkara dan isu yang dah pun dibincangkan oleh para menteri. Tapi sayangnya, menurut Berita Harian, media gagal untuk dapatkan details tentang mesyuarat khas tersebut kerana masing-masing kunci mulut.
Hm, betul-betul serious perbincangan kali ni sampaikan tiada ulasan langsung. Apa-apa pun, harapnya mesyuarat berakhir lah dengan suatu keputusan yang baik untuk rakyat dan negara. Sama-sama lah kita tunggu ya apa keputusannya.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM