Connect with us

Oh! Media

Asus Perkenalkan ROG Phone 3 Yang Buatkan Gamers Tak Senang Duduk!

Ohmedia asus rog phone 3jpg

Umum

Asus Perkenalkan ROG Phone 3 Yang Buatkan Gamers Tak Senang Duduk!

Selepas sebulan kita dengar pasal Asus nak keluarkan smartphone gaming terbaru mereka akhirnya terjawab lepas mereka memperkenalkan Asus ROG Phone 3 secara rasmi baru-baru ni guys. Wahh! Mesti korang nak tahu spec yang ditawarkan pada smartphone gaming terbaru dari Asus ni kan?


BACA : Mungkin Inilah Asus ROG Phone 3 Yang Bakal Dilancarkan!

Untuk skrin, Asus ROG Phone 3 ni didatangkan dengan 6.59 inci AMOLED dengan 144hz refresh rate yang menyokong HDR10+. Pergh! Memang terbaik lah nanti bila main game. Ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865+ yang merupakan cipset terbaru dan tercanggih sekarang ni. Untuk memori, ia hadir dengan 16GB RAM dan storage sebesar 512GB. So, korang boleh download banyak game tanpa ragu-ragu lepasni. Bukan setakat game jer, video atau file-file besar pun takde hal.

IKLAN


BACA : Qualcomm Perkenalkan Snapdragon 865 Plus Yang Mencapai Kelajuan 3.1GHz

Bateri yang ditawarkan pada smartphone gaming dari Asus ni adalah sebesar 6,000mAh yang membolehkan korang guna smartphone gaming ini dengan masa yang agak lama. Walaupun smartphone yang memfokuskan gaming, spec kamera dia juga sangatlah baik bagi pandangan Ohmedia sebab ia dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 13 megapixel ultrawide + 5 megapixel makro dan 24 megapixel bagi kamera depan.

Dengan dua variasi yang ada, Asus ROG Phone 3 ni dijual bermula dengan harga RM3,499 dan dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari Asus di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas