Connect with us

Oh! Media

Suami Pavithra Didakwa Atas Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Senjata Berbahaya 1958!

Umum

Suami Pavithra Didakwa Atas Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Senjata Berbahaya 1958!

Panas sebelum ini apabila suami kepada YouTuber terkenal, Pavithra bertindak memukul YouTuber berkenaan selepas berang namanya tidak disebut dalam satu pengiktirafan khas. Tindakan berkenaan menyebabkan dia ditahan polis bagi membantu siasatan. Menurut info, pasangan berkenaan dikatakan bertengkar di tempat letak kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Isnin lalu.

ADVERTISEMENT

Info terbaru yang kami dapat, suami kepada Pavithra didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki sabit sepanjang 26 inci di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Namun dia menafikan perkara berkenaan. Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara 10 tahun dan sebatan akan dikenakan.

Sebelum ini Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Mohd Syahrizal Azmi berkata, pengiktirafan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh hanya diberikan bagi menghargai pencapaian luar biasa Pavithra dan suami sebagai YouTuber. Namun pengiktirafan berkenaan hanya kepada anak kelahiran Ipoh sahaja atas inisiatif Datuk Bandar Ipoh sendiri.

Sumber gambar dari Ututsan

Pengiktirafan hanya diberikan kepada Pavithra memandang beliau adalah anak kelahiran Ipoh manakala suaminya adalah anak kelahiran Sungai Siput. Jelas Mohd Syahrizal Azmi lagi, pengiktirafan ini adalah anugerah individu meskipun mereka berkongsi nama untuk channel YouTube berkenaan.

OHMEDIA: BEGITU RUPANYA. PATUT MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI SIPUT PUN BUAT PENGIKTIRAFAN YANG SAMA, BARU FAIR AND SQUARE, TAK GITU?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pegawai majlis bandaraya perjelas isu sebenar di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas