Connect with us

Oh! Media

Dituduh Rekod 63 Kes Jangkitan, 1 Utama Tampil Beri Penjelasan

B1c849d0 e101 4539 a1ef 92214a434e26

COVID-19

Dituduh Rekod 63 Kes Jangkitan, 1 Utama Tampil Beri Penjelasan

Laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling (JPBD) yang mendakwa terdapat 63 kes Covid-19 di 1 Utama yang lalu adalah tidak benar dan di nafikan oleh pihak pengurusan kompleks beli belah itu.

Pihak pengurusan 1 Utama berkata, Menerusi saringan yang dibuat terhadap 6,000 kakitangan penyewa kedai (premis) termasuk kakitangan, hanya 21 individu yang didapati positif Covid-19. Mereka juga menyatakan 44 kes melibatkan pengawai keselamatan 1 Utama adalah tidak benar sama sekali.

Image 2

Daripada 6,000 yang telah melalui ujian saringan semalam, keputusan ujian mengenal pasti sebanyak 20 kakitangan penyewa premis dan seorang kakitangan pengurusan positif Covid-19. Kesemua 21 individu ini diasingkan bagi menjalani kuarantin dan rawatan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi menjalani pengesanan kontak rapat.

Pihak kami juga mahu mengesahkan  44 kes Covid-19 positif yang melibatkan pengawai keselamatan yang disebut oleh JBDP bukan dari 1 Utama dan ia bukan daripada 6,000 yang menjalani saringan yang kami lakukan. Sebaliknya pengawal keselamatan ini daripada sumber luar daripada pihak ketiga. – Kata mereka

Image 1

1 Utama telah menghenti operasi mereka selama 14 hari bermula 11 Oktober 2020 apabila terdapat pekerja dan pengunjung yang disahkan positif Covid-19.

IKLAN

Tengah PKPB ni duduk-duduk la rumah tu dulu, jangan rajin sangat keluar ke sana ke mari walaupun mall buka macam biasa. Kalau tak ada benda yang penting tak payah la keluar,  kepada yang kena keluar rumah atas urusan penting pastikan korang patuh SOP dan jauhi tempat sesak. #KitaJagaKita

OH MEDIA: BETUL LA ORANG CAKAP TAK PASTI JANGAN KONGSI, LAGI-LAGI BERITA PASAL COVID-19 NI JANGAN LA BUAT MAIN.

Kredit: Astro Awani, Facebook 1 Utama Shopping Centre

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas