Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Tren Berkelajuan Tinggi Mekah – Madinah Sedia Beroperasi

Ohmedia highspeed train mekah madinah 1jpg

Umum

(Gambar) Tren Berkelajuan Tinggi Mekah – Madinah Sedia Beroperasi

Kereta api canggih berkelajuan tinggi akan memudahkan perjalanan jemaah daripada Mekah ke Madinah.

Ini merupakan projek Haramain High Speed Rail yang juga dikenali sebagai Mekah-Madinah High Speed Train. Perjalanan kereta api antara bandar ini adalah sejauh 453.0 kilometer di bawah pembinaan Arab Saudi.

IKLAN

Ia akan menghubungkan bandar-bandar suci Madinah dan Mekah melalui Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah, Rabigh, Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Ia juga akan disambungkan dengan rangkaian kebangsaan di Jeddah.

Projek yang bermula pada tahun 2009 ini telah lewat selama dua tahun dari perancangan awal yang sepatutnya mula beroperasi pada tahun 2012. Namun kini ia sedia memulakan operasi secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2015.

Kereta api ini dijangka akan membawa lebih tiga juta orang penumpang setiap tahun termasuk jemaah haji dan umrah bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalanraya.

OHMEDIA: Alhamdulillah. Teknologi yang akan memudahkan semua umat Islam beribadah di tanah suci Allah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas