Connect with us

Oh! Media

Gitaris Berpurdah Bermain Muzik Heavy Metal Curi Tumpuan Dunia

ohmedia gisele2bmarie 2jpg

Umum

Gitaris Berpurdah Bermain Muzik Heavy Metal Curi Tumpuan Dunia

Melihat kepada penampilan wanita ini yang berjubah dan lengkap berpurdah menutup aurat ini sudah pasti ramai yang tidak menyangka bahawa beliau mampu bermain gitar bergenre heavy metal.

Gisele Marie, 42 tahun yang berasal dari Sao Paulo, Brazil ini menyertai kumpulan muzik Spectrus bersama abangnya selama beberapa tahun sebelum menubuhkan kumpulan band baru dan kini sedang giat melancarkan sebuah album.

IKLAN

Wanita yang merupakan peminat tegar mendian gitaris Randy Rhoads ini berkata ramai yang terkejut dengan persembahan yang namun ada juga yang menganggap ia sebagai unik dan menarik.

Islam Hanyalah Agama Saya dan Muzik adalah Profesion Saya

“Saya tidak peduli tentang pandangan orang ramai terhadap saya hanya kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam hanyalah agama saya dan muzik adalah profesion saya, dan sememangnya dua perkara ini merupakan ciri-ciri peribadi saya.

“Fokus saya ialah pada muzik dan hakikat bahawa saya seorang Islam tidak mempunyai pengaruh atau apa-apa kaitan ke atas muzik yang saya mainkan,” katanya.

Gisele berasal daripada agama German Catholic tetapi telah memeluk Islam pada tahun 2009.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas