Connect with us

Oh! Media

Siti Nuraisyah Mangsa Gilis Lori Tanya Soalan Sayu, Bolehkah Kakinya Tumbuh Kembali?

12573696 10153615919049998 1234730978627566614 njpg

Umum

Siti Nuraisyah Mangsa Gilis Lori Tanya Soalan Sayu, Bolehkah Kakinya Tumbuh Kembali?

SUNGAI PANJANG – Kemalangan ngeri melibatkan seorang pelajar perempuan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap sehingga putus kedua-dua kakinya akibat digilis lori menjadi viral semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30petang itu, Siti Nuraisyah terjatuh ke atas jalan selepas motosikal diboncengnya dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang cuba memotong motosikal ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14.

Nuraisyah ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit 16, Sungai Panjang. Sebuah lori dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kaki Siti Nuraisyah yang tercampak di atas jalan. Kakak tirinya yang tercampak ke kiri jalan bagaimanapun hanya cedera ringan dan terseliuh kaki kanan.

IKLAN

Gambar mangsa yang terduduk atas jalanraya dengan keadaan kaki yang hancur itu menjadi viral dan melahirkan simpati orang ramai.

Menurut abangnya Huzaini Sahran, Nuraisyah yang dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang kini sudah mampu tersenyum walaupun menanyakan soalan sayu samaada kakinya boleh tumbuh kembali atau tidak.

Bagi bapa tiri Nuraisyah iaitu Roslan, dia menganggap apa yang berlaku terhadap anak tirinya itu sebagai suratan takdir.

“Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya sejak kecil lagi, dah macam anak sendiri”

“Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nursisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung,”

Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menderma ke akaun dibawah:

Nama pemilik akaun : MAIMUNAH BINTI MD RAZALLI (ibu)
Nombor Akaun : 1620 4999 0205 (MAYBANK)
Nombor utk dihubungi: 017-8848 099 (bapa)

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas