Connect with us

Oh! Media

Kalau Boleh Berhentilah Ambil Gambar Saya – Luahan Lelaki Viral “Tanpa Kepala” di Ipoh

13138979 1231484276916733 5353838625365165896 njpg

Umum

Kalau Boleh Berhentilah Ambil Gambar Saya – Luahan Lelaki Viral “Tanpa Kepala” di Ipoh

 

Al-kisah lelaki ‘tidak berkepala’ yang menjadi viral. K. Vellu, 45, telah ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.

“Dah ramai orang yang terkejut … ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam.”

“Siap ambil gambar, ambil video …dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.

IKLAN

Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.

Vellu berkata beliau sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca sebenar keadaannya.

Lebih menarik, Vellu berkata terdapat beberapa senario di mana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik sewaktu ternampak beliau di tempat tidurnya pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB), di sini.

Berasal dari Bidor, Perak, Vellu yakin bahawa struktur lehernya yang agak bengkok dan seolah-olah “jatuh” itu adalah hasil buatan orang.

“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.

Vellu merupakan seorang bujang dan memiliki sebuah rumah selalu berada di sekitar bandar itu dan seringkali mengejutkan ramai pengguna lalu lintas setiap kali dia merayau-rayau di kawasan itu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas