Umum
Bekas Pekerja Dedah OnePlus Bakal Hadir Dengan Smartwatch

Seperti semua tahu, OnePlus adalah satu-satunya jenama yang fokus kepada smartphone sahaja. Namun terdapat khabar angin yang mendedahkan bahawa syarikat berkenaan sedang dalam usaha untuk membangunkan smartwatch. Menurut technave.com, idea untuk membangunkan jam tangan pintar ini pernah timbul sebelum ini namun dibatalkan.
Menurut techradar.com, seorang bekas pekerja OnePlus telah mendedahkan bahawa syarikat telefon pintar berkenaan sedang aktif membangunkan smartwatch sejak tahun lepas lagi. Hal ini dikuatkan lagi apabila 91mobiles.com mendedahkan bahawa info smartwatch berkenaan turut dilihat pada Infocomm Media Development Authority (MIDA).
![]() |
| Sumber gambar dari 91mobiles |
OHMEDIA: MAKIN BERTAMBAH PILIHAN SMARTWATCH DALAM PASARAN NANTI. ITU TERPULANG PADA SEN KORANG CUKUP KE TIDAK NAK PAKAI, KAH!
Kredit: Technave | Techradar | 91mobiles
+ Baca respon pembaca OnePlus bakal hadir dengan smartwatch di Facebook Oh! Media

