Connect with us

Oh! Media

Pegawai Kanan Polis Buat Hal, Ditahan Kerana Hina Dan Ugut Anggota Polis Bertugas

ohmedia polis 1jpg

Umum

Pegawai Kanan Polis Buat Hal, Ditahan Kerana Hina Dan Ugut Anggota Polis Bertugas

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku apabila pihak polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti melakukan pemeriksaan keatas sebuah pusat hiburan. Tindakan ini dilakukan setelah pihak polis menerima maklumat bahawa pusat hiburan berkenaan masih beroperasi pada jam 2 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal, semasa pemeriksaan sedang dilakukan, seorang lelaki muncul dan memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis yang bertugas di IPK Selangor.  Lelaki berkenaan turut melakukan provokasi dengan menghina dan mengugut anggota polis bertugas.

Sumber gambar dari Berita Harian

Hasil semakan mendapati, lelaki berusia 39 tahun sememangnya pehawai kanan polis dan masih disebuah IPD dalam kontinjen Selangor. Tambah Nik Ezanee, pegawai berkenaan bagaimanapun ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

IKLAN

Nik Ezanee turut menegaskan agar semua anggota polis megekalkan disiplin dan tidak menganggu pihak berkuasa menjalankan tugas. Tambahnya, tindakan akan diambil jika kesalahan berkenaan dilakukan tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

OHMEDIA: BERPANGKAT DALAM ORGANISASI KEPOLISAN BUKAN LESEN ANDA UNTUK LANGGAR PERATURAN YANG TELAH DIKUATKUASAKAN. ORANG-ORANG MACAM NI YANG BAGI IMEJ POLIS NAMPAK TERUK.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pegawai kanan polis buat hal di Facebook Oh! Media


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas