Connect with us

Oh! Media

Harga Emas Menurun Di Terengganu

Whatsapp image 2017 05 08 at 13034 am 1024x576jpeg

Umum

Harga Emas Menurun Di Terengganu

Emas merupakan satu bentuk pelaburan atau tabungan yang boleh disimpan oleh pengguna. Ramai di antara kita yang akan membeli emas sewaktu harga menurun dan akan menjual semula sewaktu harga meningkat.

Untuk pengetahuan anda, sekarang harga emas di Terengganu sedang menurun berbanding negeri-negeri lain. Ini dapat dilihat apabila satu gram emas hanya dijual RM165 berbanding RM200 di tempat lain.

Zakaria, 55, berkata kejatuhan harga emas itu disebabkan ketika ini permintaan agak kurang berikutan musim persekolahan sudah bermula.

IKLAN

“Biasanya untuk satu gram, harga jualan sekitar RM175 tapi sekarang jatuh sehingga RM165. Memang kebiasaannya beginilah keadaannya selepas cuti sekolah habis.

“Tapi jika pelanggan sudah biasa beli emas, memang waktu seperti inilah mereka beli kerana jauh lebih menguntungkan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di premis perniagaannya, hari ini.

Sememangnya, Terengganu popular dengan harga emas yang agak murah dan menjadi persinggahan semua orang jika mahu membeli emas.

Jelas Zakaria lagi, “Memang paling tinggi pun tak sampai RM180 segram, jauh lebih rendah berbanding negeri lain. Bayangkan jika beli 50g ke atas, boleh untung sampai ribuan ringgit.

Faktor yang menyebabkan emas lebih murah di sini antaranya adalah kerana sewa premis yang lebih murah dan kos pekerja yang juga murah berbanding negeri-negeri lain. Oleh itu, tidak heranlah jika ramai menjadikan negeri ini sebagai tempat berbelanja.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas