Connect with us

Oh! Media

HONOR Mengiktiraf Malaysia Sebagai Pasaran Utama Mereka

Honor view20jpg

Umum

HONOR Mengiktiraf Malaysia Sebagai Pasaran Utama Mereka

Huawei melalui jenama di bawah mereka iaitu HONOR telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pasaran utama mereka bagi penjualan model telefon pintar terbaru, iaitu HONOR View20 dan ke semua model lain yang akan dikeluarkan tahun ini.

George Zhao yang merupakan Presiden HONOR, berkata Malaysia sememangnya satu daripada pasaran utama syarikat berkenaan dan terbukti apabila negara ini menjadi antara negara terawal di dunia yang diberi kepercayaan menjual HONOR View20.

“Saya secara peribadi menyanjung tinggi HONOR Malaysia…ya benar Malaysia adalah antara pasaran utama kami termasuk membawa masuk HONOR View20 ke negara itu,” katanya

IKLAN

“Saya berpeluang merakamkan banyak gambar mengenai pelbagai subjek ketika berada di sana. Saya juga merakamkan gambar pokok Hari Natal ketika di sebuah pusat beli-belah dan ditayangkan kepada hadirin pada majlis pelancaran telefon terbaharu HONOR,” katanya lagi.

HONOR View20 menawarkan kamera utama resolusi tinggi 48 megapixel (MP) dan dikuasakan dengan pemproses generasi baru 7nm Kirin 980 dan boleh dibeli sejak 26 Januari lalu.

Ia mempunyai spesifikasi memori 6GB dan storan 128GB. Bagi model ini, harga ditawarkan adalah RM1,999 .

Ini mungkin pilihan tepat buat HONOR kerana mereka mensasatkan HONOR View20 kepada golongan belia yang sentiasa inginkan teknologi terkini dan tercanggih bagi telefon pintar.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas