Connect with us

Oh! Media

Huawei Mate X Akan Memasuki Pasaran Pada Harga RM10,625

Huawei mate x clement wongjpg

Umum

Huawei Mate X Akan Memasuki Pasaran Pada Harga RM10,625

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Huawei sebelum ini, akhirnya semalam mereka telah melancar dan memperlihatkan telefon pintar boleh lipat mereka bersempena dengan MWC 2019 iaitu Huawei Mate X.

Huawei Mate X menawarkan 3 display iaitu pada 6.6″ (skrin hadapan dilipat), 6.38 (skrin belakang diliat) dan 8″ (skrin lipatan dibuka). Dengan skrin yang besar ini, ia juga memudahkan pengguna untuk kegunaan pelabagai tugasan.

Walaubagaimanapun, bagi memberikan permukaan skrin yang lebih luas tanpa sebarang lubang kamera, rekaan bingkai di bahagian tepi Huawei Mate X dilihat sedikit tebal kerana ia digunakan bagi melengkapkan peranti dengan beberapa komponen seperti kamera, penyambung USB-C dan sebagainya.

IKLAN

Huawei Mate X turut dilengkapi sokongan rangkaian 5G dan ini menjadikan ia antara produk terawal mereka yang menawarkan sokongan ini.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan model terbaru Huawei Mate X ini, ia ditawarkan pada sekitar harga 2299 Euro atau RM10,625 yang akan berada dipasaran pada pertengahan tahun ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas