Baru-baru ini, Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) untuk empat kumpulan rakyat yang membabitkan peruntukan mencecah RM7 bilion. Ianya terdiri daripada golongan B40, B40 (bujang), M40 dan M40 (bujang)
Bagi sesiapa yang belum pernah lagi menerima atau memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ataupun Bantuan Sara Hidup (BSN) sebelum ini, korang boleh membuat permohonan baru di laman web rasmi BPN bermula 15 Oktober ini gais.
Korang tidak perlu membawa dokumen sokongan pun ketika memohon sebab mereka akan menyemak melalui data agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan.
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.