Branded
Rugi Siapa Tak Naik Genting Hujung Minggu Lalu! Ini Antara Momen Paling Happening Di Coffee in the Clouds 2026!
Oleh
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Kopi dan healing, dua perkara ini memang sangat kena dengan jiwa kita, lebih-lebih lagi bila digabungkan dengan suasana nyaman di puncak awan betul tak?
Itulah pengalaman sebenar yang dirasai oleh para pengunjung acara Coffee in the Clouds edisi 2026, yang baru saja melabuhkan tirai pada 14 November lalu di Resorts World Awana, Genting Highlands tau.
Apa yang membuatkan acara ini lebih seronok dan happening, semestinya ia menggabungkan all-in-one budaya kopi, sajian yang lazat, gaya hidup, aktiviti bekeluarga dan pertandingan bertaraf antarabangsa dalam satu hujung minggu yang sama. Wow!
Untuk korang yang terlepas buat kali kedua tu, jangan risau, ini antara sorotan menarik bagi edisi kali ini.
Sajian Percuma & Aktiviti Santai Bersama Gardenia
Apa itu festival kalau tak ada makanan betul tak? Haa, untuk edisi kali ini, ada macam-macam jenis makanan, dari piza, roti, sampailah ke pastri.
TAPI! Highlight untuk acara ini adalah Gardenia sebagai Rakan Kongsi Rasmi Roti dan Makanan yang membawakan pelbagai kejutan menarik buat pengunjung tau!

Daripada pek cenderahati berisi roti dan produk sedia dimakan menerusi aktiviti kumpul cop, sandwich segar Gardenia Gourmet Selections percuma di trak sarapan mereka di The Great Lawn, sehinggalah ke aktiviti-aktiviti mesra keluarga semua mereka sediakan.

Menariknya, pengunjung yang hadir berpeluang untuk dapat pek cenderahati yang mengandungi roti dan produk sedia dimakan menerusi aktiviti mengumpul cop.
Bukan itu saja, trak sarapan Gardenia yang beroperasi di The Great Lawn turut menghidangkan sandwich segar Gardenia Gourmet Selections iaitu Peanut Butter Banana Toast dan Tuna Cheese Toast secara percuma tau.
Untuk keluarga yang membawa anak kecil pula, ada beberapa aktiviti menarik tersedia tarikan di tapak acara dan apa yang menjadi tumpuan adalah pengunjung yang berjaya menemui dua pelekat tersembunyi akan dapat menebus roti Gardenia Squiggles Matcha atau Twiggies Blueberry Cheese.
Sambil Healing, Sambil Cuci Mata Kereta Mewah Mercedes-Benz
Satu lagi kelainan yang mencuri tumpuan di Coffee in the Clouds 2026 ialah kehadiran Rakan Kongsi Rasmi Automotif, Mercedes-Benz.
Bertempat di The Plaza, pengunjung berpeluang melihat dan menghayati reka bentuk model-model kereta keluaran Mercedes-Benz dari jarak dekat, selain merasai sendiri pengalaman pandu uji sambil menikmati suasana sejuk di puncak Genting tau. Memang fun!
Menang Trip Percutian Hanya Dengan Tangkap Gambar Bersama OPPO
Buat peminat fotografi, OPPO selaku Rakan Kongsi Rasmi Telefon Pintar turut memeriahkan suasana dengan membawakan jurugambar profesional, Abedeen, bagi mengendalikan Kelas Induk Fotografi True Portrait untuk berkongsi tip penggambaran potret.
Pengunjung juga dapat menikmati perkhidmatan penukaran pelindung skrin telefon secara percuma serta menyertai cabaran OPPO Snap & Win bagi merebut hadiah eksklusif OPPO dan pakej percutian 3 hari 2 malam.
Pertandingan Barista Bertaraf Dunia & Kualiti Di Sebalik Setiap Cawan

Bukan sekadar acara santai, Coffee in the Clouds 2026 turut mengangkat sisi profesional industri kopi menerusi penganjuran World Young Barista Championship (WYBC) yang dibawakan bersama Asia Specialty Coffee Association (ASCA).

Kualiti setiap minuman yang dihidangkan sepanjang acara turut disokong oleh penyediaan bahan terbaik di sebalik tabir, termasuk bekalan santan dan air kelapa daripada COSIP untuk semua reruai minuman serta sistem penapisan air oleh Panaxy Filtration.
Penghargaan Buat Semua Rakan Kongsi & Penaja
Kejayaan penganjuran Coffee in the Clouds 2026 pastinya tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama padu daripada kesemua pihak yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak yang membawakan acara ini iaitu Resorts World Genting dan Resorts World Awana, pihak penganjur iMedia Asia dan KiS Coffee Co., serta Barista Guild Asia selaku badan penyokong.
Terima kasih juga kepada barisan rakan kongsi dan penaja utama acara iaitu Gardenia sebagai Rakan Kongsi Rasmi Roti & Makanan, Mercedes-Benz sebagai Rakan Kongsi Rasmi Automotif, OPPO sebagai Rakan Kongsi Telefon Pintar, COSIP sebagai Penaja Santan dan Panaxy Filtration sebagai Penaja Air Bertapis.
Tak dilupakan juga barisan penaja pertandingan kopi yang terdiri daripada Iberital selaku Penaja Rasmi Mesin Kopi, KAITEUR selaku Penaja Rasmi Pengisar Kopi, Fabbri 1905 selaku Penaja Rasmi Sirap, Marigold Selection selaku Penaja Tenusu, MILKLAB selaku Penaja Susu Alternatif dan COSIP.
Melihat kepada gabungan kopi, makanan, gaya hidup dan pertandingan profesional dalam satu lokasi, Coffee in the Clouds 2026 sememangnya meninggalkan pengalaman hujung minggu yang cukup berbeza.
Jadi, buat korang yang tak sempat singgah kali ini, pastikan Coffee in the Clouds masuk dalam senarai acara wajib pergi korang pada edisi akan datang!
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
