Branded
Barang Dalam Wishlist Dah Boleh Masuk Cart! GrabMall Tawar Diskaun Hingga 61% Sempena Sale 11.11
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Bila sebut tentang Grab, mesti ramai yang terus teringat nak order makanan, tempah ride atau beli barang dapur.
Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada satu lagi pilihan dalam aplikasi Grab yang membolehkan korang membeli pelbagai jenis barangan selain makanan dan barang keperluan harian?
GrabMall Tawarkan Pilihan Lebih Luas

Perkenalkan GrabMall, platform membeli-belah dalam aplikasi Grab yang menawarkan pilihan produk lebih luas, termasuk barangan kecantikan, kesihatan, elektronik, penjagaan diri, produk bayi, barangan haiwan peliharaan dan banyak lagi.
Lebih menarik, sempena kempen GrabMall 11.11 Sale, korang boleh mula merancang senarai barangan yang ingin dibeli sambil meneroka tawaran menarik sepanjang tempoh kempen ini!
Ini 11 Item Yang Korang Boleh Masukkan Dalam Shopping List Sempena 11.11
Setiap kali tiba musim 11.11, mesti ramai yang mula menyemak barang keperluan, menyimpan produk dalam cart dan menunggu tawaran menarik.
Antara 11 kategori yang boleh korang pertimbangkan ialah:
1. Produk Kecantikan

Masa untuk semak semula produk kecantikan yang dah hampir habis. Produk Innisfree memang wajib dimasukkan antaranya Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule.
Lindungi kulit dari pancaran UV dengan Vitamin C Tone Up Sunscreen, barulah kulit terjaga sentiasa.
2. Produk Kesihatan
Jangan lupa keperluan penjagaan diri dan kesihatan. Boleh jadikan kategori ini antara perkara yang korang semak dalam shopping list.
3. Barangan Penjagaan Diri
Syampu, produk mandian dan pelbagai barangan penjagaan diri memang antara keperluan yang digunakan setiap hari. Kalau dah nak habis, mungkin boleh mula cari pilihan yang sesuai.
4. Aksesori Elektronik


Daripada aksesori telefon hinggalah barangan elektronik lain, kategori ini sesuai untuk mereka yang sedang mencari kelengkapan tambahan bagi kegunaan harian.
Untuk kaki runner pula, tak sah kalau tak ada fitness watch yang sangat penting bagi mengutip mileage serta training harian. Garmin Vivoactive 5 adalah pilihan tepat untuk tujuan ini.
Permudahkan urusan kerja dengan keyboard Logitech MX Key S. Confirm nak menaip pun selesa, kerja pun makin produktif.
5. Produk Penjagaan Bayi
Bagi ibu bapa, keperluan si kecil sememangnya perlu diberi perhatian. Boleh semak pilihan produk bayi yang tersedia mengikut keperluan keluarga.
6. Keperluan Haiwan Peliharaan
Anak bulus pun tak boleh dilupakan! Korang boleh explore pilihan barangan untuk kucing, anjing dan haiwan peliharaan kesayangan.
7. Produk Kecantikan Tambahan
Kalau ada produk yang dah lama masuk dalam wishlist, inilah masanya untuk semak sama ada ia tersedia dalam pilihan tawaran GrabMall.
8. Barangan Kesihatan Harian

Boleh juga gunakan peluang ini untuk mencari barangan penjagaan kesihatan yang sesuai dengan keperluan sendiri dan keluarga.
Contohnya boleh cuba Whey Protein Chocolate dari Decathlon ini yang membekalkan protein terutamanya untuk mereka yang aktif bersukan dan menjaga pemakanan.

Alternatif lain, ada juga Pure Protein ISO+ Chocolate Indulgence bagi anda yang sukakan rasa coklat yang lebih mewah tapi diperkaya dengan 30g protein dan 3g leucine dan hanya 150 kalori.
9. Kelengkapan Gaya Hidup

Apa sahaja barangan yang membantu melengkapkan rutin harian, korang boleh jadikan kategori ini sebagai inspirasi untuk shopping list. Serlah gaya rambut terkini untuk penampilan lebih anggun dengan Fanda Hair Straigtener ini.
10. Barang Yang Dah Lama Dalam Wishlist
Perlukan backpack serbaguna untuk kerja atau balik kampung setiap hujung minggu? Apa kata check out Travel 500 40L Organizer Backpack dari Decathlon yang multifungsi untuk semua.
11. Keperluan Yang Hampir Habis
Daripada produk penjagaan diri hinggalah barangan untuk keluarga dan haiwan peliharaan, gunakan peluang ini untuk merancang pembelian barangan yang memang diperlukan.
Dengan senarai ini, korang boleh shopping dengan lebih teratur dan mengelakkan pembelian secara terburu-buru hanya kerana nampak tawaran menarik.
GrabMall 11.11 Sale: Nikmati Tawaran Diskaun Sehingga 61%!

Untuk mereka yang memang menantikan musim jualan 11.11, GrabMall turut menawarkan beberapa tawaran menarik sepanjang kempen berlangsung dari 9 hingga 13 November 2026.
Antara tawaran yang boleh korang nantikan termasuk:
-Diskaun sehingga 61% untuk barangan terpilih.
-Baucar sehingga RM111 untuk penjimatan tambahan di kedai yang mengambil bahagian.
Tawaran diskaun adalah untuk barangan terpilih, manakala penggunaan baucar tertakluk kepada kedai yang mengambil bahagian serta terma dan syarat yang ditetapkan. Baucar juga perlu ditebus secara manual dan tertakluk kepada perbelanjaan minimum.
Cara Shopping di GrabMall
Kalau korang kali pertama mahu mencuba shopping di GrabMall, Grab sediakan antara muka mesra pengguna yang memang cukup mudah digunakan.
Cuma perlu beberapa langkah, seperti berikut:
-Pilih Mall dalam app Grab.
-Cari dan klik vendor yang diinginkan.
-Scroll dan pilih produk diidamkan kemudian tambahkan ke dalam cart.
-Pastikan jumlah akhir bayaran selepas menambah baucar jika ada.
-Buat pesanan selepas pastikan alamat penghantaran betul
-Tunggu rakan penghantar Grab di pintu rumah.
Beli Sekarang, Dapat Sekarang
Yang penting, GrabMall tawarkan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan penggunanya. Barangan pun dijamin tulen dan tidak perlu ragu-ragu.
Bayangkan boleh shopping dalam keselesaan rumah sendiri dan terus dapat barangan dibeli. Tak perlu lagi tunggu berhari-hari. Memang memudahkan urusan harian.
Jadi, dah bersedia nak lengkapkan shopping list 11.11 korang?
Buka aplikasi Grab, browse GrabMall dan mula bina cart korang sekarang. Jangan lupa semak tawaran serta baucar yang tersedia sepanjang kempen berlangsung dari 9 hingga 13 November 2026!
