Branded
Lupakan Swafoto 0.5, Kamera OPPO A7 Pro Max Boleh Tangkap Semua Dalam Satu Frame, Siap Ada Bateri 10,000mAh!
“Selfie 0.5 please, pakai kamera belakang. Kita dah lah susah nak kumpul ramai-ramai”
Seriuslah korang masih menggunakan ‘hack’ swafoto 0.5 ni lagi? Zaman sekarang ni kan teknologi semakin maju, lagi-lagi dengan adanya pertolongan kecerdasan buatan (AI).
Chop, chop, chop! Kami tahu apa yang korang tengah fikirkan! AI yang kami maksudkan ni bukan yang kena prompt tu tau, ini memang sedia ada dalam peranti yang dapat bantu mudahkan urusan.
Dalam situasi ini, tahu tak sekarang korang dah boleh swafoto beramai-ramai tanpa perlu menggunakan kamera belakang 0.5? Paling best, ia boleh tangkap pemandangan lebih luas dengan bantuan AI. Haa? Macam mana?
Tiada Yang Keluar Frame Dengan OPPO A7 Pro Max
OPPO baru saja melancarkan model terbaru siri OPPO A7 Pro, dan sejujurnya ini adalah peranti yang terbaik untuk korang, lagi-lagi siapa yang ada ramai kawan, ahli keluarga besar mahupun seorang pencipta kandung. Percayalah, peranti ini sangat membantu!
Apa yang best dengan keluaran terbaru ini adalah mereka telah menaik taraf kamera dengan menggabungkan perkakas beresolusi tinggi beserta ciri AI canggih untuk menghasilkan gambar lebih profesional, sesuai untuk penceritaan kreatif.

Antara ciri yang bagi kami ‘on top’ adalah Kamera Swafoto Ultra-Lebar AI Zum 50MP, di mana menerusi ciri ini, korang dah boleh tangkap gambar swafoto beramai-ramai tanpa ada seorang pun terkeluar daripada frame.
Menariknya, ciri ini mampu meluaskan lagi pemandangan sehingga 100 darjah tau. Fuhh, macam ni baru seronok nak bergambar!
Ia turut dilengkapi dengan ciri Natural Framing, ciri yang dapat mengekalkan raut wajah secara semula jadi tanpa herotan sambil menangkap lebih banyak pemandangan latar untuk gambar potret yang lebih kemas.
Selain itu, kalau korang ada masalah dengan pencahayaan tak menentu, jangan risau sebab Kamera Utama OPPO A7 Pro Max bersaiz 50MP dilengkapi dengan sensor sebesar 1/2 inci untuk hasil gambar yang lebih jelas, walau dalam apa jua keadaan pencahayaan sekalipun.
Bukan itu saja, kalau korang berada dekat kawasan yang gelap atau kurang pencahayaan, jangan risau sebab peranti ini menawarkan pencahayaan 70% lebih tinggi, disokong oleh sistem anti-gegaran hibrid OIS + EIS serta julat dinamik yang diperluas. Baguskan?
Selain ciri AI yang ada pada kamera swafoto tadi, antara ciri AI lain yang tersedia pada kamera OPPO A7 Pro Max ini adalah;
AI Portrait Glow: Menggunakan kesan pencahayaan gambar ala sinematik untuk mengatasi kekangan pencahayaan pada persekitaran,
AI Popout 2.0: Ciri kolaj secara langsung tanpa bingkai yang telah ditambah baik, membolehkan elemen gambar ‘keluar’ melangkaui bingkai,
AI Remix Collage: Menggabungkan foto statik dengan lapisan pelekat tersuai secara lancar untuk menghasilkan susun atur visual yang unik.
Banyak juga kan ciri yang hebat ada pada kamera OPPO A7 Pro Max ni? Jujur cakap, pada pandangan kami, kamera keluaran baru OPPO ini memang win!
Jangka Hayat Hingga 6 Tahun, Bateri OPPO A7 Pro Max Sama Saiz Dengan Powerbank?

Kalau ciri kamera semuanya ‘tip top’, tak dinafikan penggunaan bateri pun akan meningkat, menyebabkan bateri peranti cepat habis.
Tapi, korang jangan risau sebab bateri OPPO A7 Pro Max ni direka khas untuk ketahanan luar biasa tau, di mana ia menggabungkan tenaga yang kuat serta keupayaan pengecasan pantas dalam reka bentuk sangat nipis. Wow, seriuslah?
Paling menakjubkan, bateri OPPO A7 Pro Max ni bersaiz 10,000mAh, lebih kurang saiz powerbank yang kita selalu pakai tu, siap ada jangka hayat sehingga 6 tahun dengan kitaran pengecasan sebanyak 1,500. Perghh, padunya!

Tahu tak, punya berkuasanya bateri OPPO A7 Pro Max ni, korang boleh binge-watch drama atau layan TikTok selama 31 jam atau main permainan video seperti Mobile Legends pada kadar 60fps selama 15 jam tau.
Peranti ini menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC di mana ia menawarkan penyelesaian pengecasan berkelajuan tinggi untuk meminimumkan masa henti serta mampu mencapai tahap cas penuh 100% dalam masa hanya 91 minit.

OPPO A7 Pro Max ni juga boleh dijadikan sebagai powerbank dengan kuasa berkelajuan tinggi untuk peranti lain tau seperti fon telinga, jam tangan pintar, telefon pintar, kipas mudah alih, mahupun lampu pencahayaan solekan.
Masih Lancar Walaupun Digunakan Selama 6 Tahun
Kamera dah padu, bateri pula besar siap boleh cas berbalik lagi, agak-agak korang telefon ni mampu tahan lama ke?
Kalau korang nak tahu, OPPO A7 Pro Max ni direka untuk mengekalkan daya tindak balas sistem jangka panjang dan kelancaran operasi walaupun selepas bertahun-tahun penggunaan harian tau.

Ia siap dilengkapi dengan perlindungan kelancaran selama 6 Tahun, di mana kestabilan prestasi jangka panjang yang disahkan dan disokong oleh ujian kilang yang ketat.
Paling penting, ia lulus ujian makmal kelancaran 6 Tahun yang menyeluruh dan disahkan oleh OPPO Labs, di mana ia berdasarkan simulasi penggunaan dunia sebenar selama enam tahun bagi memastikan prestasi lancar yang berterusan.
Dapatkan Siri OPPO A7 Pro Sekarang
Jujur cakap, banyak juga kelebihan yang OPPO tawarkan pada siri OPPO A7 Pro ni. Paling penting, kamera lawa, bateri tahan lama dan peranti boleh digunakan untuk jangka masa yang cukup lama.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Dapatkan siri OPPO A7 Pro ni sekarang pada harga seperti berikut:
OPPO A7 Pro 5G (6GB + 256GB): RM1,699
OPPO A7 Pro 5G (8GB + 256GB): RM1,899
OPPO A7 Pro Max 5G (8GB + 256GB): RM2,499
Psst, korang berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM380 sehingga 31 Oktober 2026 saja tau. Cepat pra tempah sekarang!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO untuk model pilihan OPPO A7 Pro Max atau OPPO A7 Pro, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
