Connect with us

Oh! Media

Pempengaruh Didakwa Pecah Amanah Wang RM31,900 Milik Bekas Pramugari, Mengaku Tidak Bersalah

Ohmedia pempengaruh

Trending

Pempengaruh Didakwa Pecah Amanah Wang RM31,900 Milik Bekas Pramugari, Mengaku Tidak Bersalah

Pempengaruh didakwa pecah amanah wang RM31,900 milik bekas pramugari dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Seorang pempengaruh media sosial ataupun Tiktokers berdepan pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM31,900 milik seorang bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh, Muhammad Azri Abdul Rahim bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di hadapan Hakim Ronie Entili.

Pempengaruh didakwa pecah amanah wang RM31,900

Ohmedia gaji Minimum Duit

Mengikut pertuduhan, Muhammad Azri yang mempunyai seorang anak didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang RM31,900 milik wanita berkenaan.

IKLAN

Perbuatan itu didakwa berlaku di Jalan Nusaria, Taman Nusantara, Gelang Patah, Iskandar Puteri antara 25 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mohon jaminan RM15,000

Ohmedia mahkamah tinggi rumah mont kiara

Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina, menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Atuffah Said, memohon supaya mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah.

Ini merupakan kesalahan pertama dilakukan anak guam saya, saya memohon agar mahkamah membenarkan satu jaminan yang munasabah atas faktor berikut.

Anak guam saya merupakan seorang yang bekerja sendiri dengan pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan selain menanggung seorang isteri, mentua dan seorang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Azri diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 7 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes masih dalam proses perundangan dan tertuduh kekal tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

Nota Oh! Media:
Apa pun pertuduhan yang dikenakan, kita serahkan kepada mahkamah untuk menentukan kesahihannya. Elakkan membuat sebarang spekulasi atau menghukum seseorang sebelum keputusan mahkamah dibuat.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas