Trending
”Masa Cari Nafkah Boleh Dimuktamadkan Sebagai Mati Syahid” – PU Amin
Tragedi helikopter terhempas di Sarawak meragut lima nyawa. Pendakwah menjelaskan kedudukan mereka yang meninggal ketika menjalankan tugas.
Sebuah tragedi menyayat hati berlaku apabila sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada Selasa lalu.
Menurut laporan mStar, kejadian itu meragut nyawa lima mangsa yang ketika itu sedang menjalankan tugasan.
PU Amin jelaskan tentang mati syahid

Dalam satu perkongsian, seorang pendakwah menjelaskan bahawa kedudukan seseorang yang meninggal dunia sebagai syahid boleh dilihat berdasarkan jenis pekerjaan dan punca kematian.
Tengok kepada jenis pekerjaannya dan jenis kematian. Mati syahid selain daripada berperang, Nabi Muhammad SAW menyebut dalam hadis, mati lemas. Contohnya ketika sedang bekerja, lemas… mati syahid.
Kedua, mati terbakar. Ketiga, penyakit taun atau penyakit dalam perut. Keempat, bekerja dan meninggal akibat ditimpa bangunan, dinding… mati syahid.
Mati syahid ni mendapat pahala di akhirat, sebab kematian yang lain daripada yang lain,” terang beliau.
Lima mangsa dalam tragedi helikopter

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi FDS ketika kejadian.
Lima mangsa yang dikenal pasti ialah Kapten Zainol Afriq, pegawai perubatan Dr Ainul Baroah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.
Tragedi ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan sekerja serta mereka yang mengenali kelima-lima mangsa.
