Branded
Expectation vs Realiti Paling Plot Twist, Mesti Ramai Dah Hadapi Situasi Ni
Bagi mereka yang bekerja terutamanya dalam bidang perkhidmatan semestinya terbiasa berdepan klien dengan bajet terhad tapi jangkaannya luar biasa.
Contohnya dengan bajet kecil tapi mengharapkan sesuatu hasil serba serbi cukup lengkap seperti dihasilkan bajet berkali ganda lebih besar.
Viral di laman sosial satu video yang menunjukkan seorang wanita dan rakan sekerjanya berbincang mengenai video dihasilkan.
Di bahagian atas ada budget klien dan dibandingkan dengan di bahagian bawah iaitu jangkaan sebenar.
Tema dan pelaksanaan masih sama namun video jangkaan sebenar ternyata lebih menarik perhatian.
Kemunculan Anna Tanaka dari MEOVV undang perhatian
Tapi macam ada satu wajah yang cukup dikenali dalam video ini.
Susuk jelita dalam video berkenaan nampak seiras penyanyi dan model, Anna Tanaka dari MEOVV!
Memang tak syak lagi, Anna Tanaka dari MEOVV ditampilkan dalam video yang mengumumkan wanita ini sebagai duta terbaru jenama Hada Labo.
Falsafah di sebalik Hada Labo ialah memperoleh keyakinan diri dengan kulit sihat dan berseri hanya dengan rutin penjagaan kulit ringkas dan efektif.
Hada Labo diyakini sejak sekian lama
Di Malaysia, Hada Labo sudah lama menjadi pilihan ramai menerusi formulasi berasaskan teknologi penjagaan kulit dari Jepun yang memberi fokus kepada kelembapan mendalam.
Hada Labo juga cukup dikenali dengan pendekatan penjagaan kulit yang ringkas dan berkualiti menerusi falsafah “Perfect x Simple”.
Pendekatan ini turut dapat dilihat menerusi daya tarikan unik Anna Tanaka dari MEOVV yang tampil bersahaja dan menyerlah dengan keyakinan tersendiri.
Aura Anna Tanaka dari MEOVV yang segar dan elegan, ditambah pula dengan kulit yang kelihatan semula jadi bercahaya, cukup menggambarkan pendekatan Hada Labo dalam penjagaan kulit.
Dalam penjagaan kulit, tak perlu berlebihan atau terlalu rumit, cukup sekadar apa yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang nampak sihat dan berseri.
Tonton video di sini:
Ikuti Hada Labo di Facebook dan Instagram untuk lebih lagi tips penjagaan kulit.
