Connect with us

Oh! Media

PMX Umum Jualan Ihsan Rahmah 9.9 Bakal Diadakan Secara Dalam Talian 9 September Ini

Ohmedia anwaribrahim johor

Trending

PMX Umum Jualan Ihsan Rahmah 9.9 Bakal Diadakan Secara Dalam Talian 9 September Ini

Jualan Ihsan Rahmah 9.9 akan diadakan secara dalam talian pada 9 September

Kerajaan MADANI bakal mengadakan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini, bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif julung kali secara dalam talian itu memberi peluang kepada seluruh rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.

Mengambil semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia dan juga inisiatif yang diambil oleh TikTok Shop, saya sambut untuk meneruskan inisiatif, ikhtiar ini.

Saya mahu selarikan ini dengan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian.

Rakyat bakal dapat manfaat

Ohmedia pmx Anwar

Menurut Anwar, inisiatif berkenaan perlu dihebahkan secara meluas supaya lebih ramai rakyat mengetahui mengenai jualan tersebut dan dapat menikmati manfaat yang ditawarkan.

IKLAN

Jualan Ihsan Rahmah ini dijangka menjadi satu lagi usaha kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Program Jualan Rahmah ada diskaun sehingga 30 peratus

Ohmedia anwar ibrahim

Program Jualan Rahmah yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merupakan kempen jualan barangan keperluan asas dengan tawaran diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah.

Dengan pelaksanaan secara dalam talian pada 9 September nanti, rakyat dari seluruh negara berpeluang mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu bergantung kepada jualan secara fizikal sahaja.

Nota Oh! Media:
Jangan lupa semak tawaran Jualan Ihsan Rahmah 9.9 pada 9 September nanti. Bandingkan harga dan beli ikut keperluan, bukan sekadar sebab murah.

Sumber: Berita Harian
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas