Connect with us

Oh! Media

Pelakon Farah Wahida Didakwa Empat Pertuduhan Tuntutan Palsu PERKESO

Ohmedia hafizal Om Featured New

Oh! Artis

Pelakon Farah Wahida Didakwa Empat Pertuduhan Tuntutan Palsu PERKESO

Farah Wahida didakwa atas empat pertuduhan tuntutan palsu membabitkan insentif Program Daya Kerjaya 2.0 PERKESO.

Pelakon Farah Wahida Zainuddin antara 17 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di empat negeri berhubung dakwaan tuntutan palsu insentif Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kesemua sembilan lelaki dan lapan wanita itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa berlaku sepanjang 2024 di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Farah Wahida berdepan empat pertuduhan

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Farah Wahida, 44, didakwa atas empat pertuduhan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

IKLAN

Sebagai Pengarah Focal Reality Entertainment Sdn Bhd, dia didakwa memberikan ejen PERKESO Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 yang palsu bagi permohonan tuntutan insentif.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah premis di Off Jalan Gombak pada 29 dan 30 Mac 2024.

Rakannya, Mohd Nizam Jamaluddin, 45, turut berdepan empat pertuduhan kerana didakwa bersubahat melakukan kesalahan sama.

Farah Wahida dibenarkan ikat jamin

Farah Wahida dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala Mohd Nizam dikenakan jaminan RM6,000.

Mereka turut diarahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas