Oh! Artis
“Hanya Yang Terbaik Buatmu” – Fazura Kongsi Momen Hadir Bersama Fattah Amin Demi Anak
Fazura kongsi momen hadir bersama Fattah Amin di Cultural Day Fatima demi anak tersayang.
Perkongsian terbaharu pelakon dan usahawan, Nur Fazura di Instagram Story mencuri perhatian apabila dia menitipkan kata-kata penuh kasih buat anaknya, Nur Fatima Aisya.
Hantaran itu dikongsikan selepas Fazura hadir ke acara Cultural Day di sekolah Fatima bersama bekas suaminya, Fattah Amin.
“Mommy sayang Fatima dunia akhirat” – Fazura
Menurut selebriti ini, apa yang dilakukan adalah demi kebahagiaan anak tunggalnya itu.

Terdahulu, tular perkongsian di akaun Instagram @nurfatimaisya beberapa gambar sekitar acara Cultural Day di sekolah.
/
Fatima dilihat bergambar bersama kedua ibu bapanya ketika mereka hadir memberi sokongan. Kapsyen yang dimuat naik pula menggambarkan rasa gembira Fatima apabila dapat melalui hari istimewa itu bersama keluarga yang lengkap.

