Oh! Tidak
Influencer Terkenal Ditahan Selepas Tayang Kemaluan Ketika Live
Pempengaruh TikTok ditahan Polis Syariah di Aceh selepas didakwa mempamerkan kemaluan ketika bersiaran secara langsung.
Seorang pempengaruh media sosial terkenal di Aceh menjadi perhatian selepas ditahan Polis Syariah kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh ketika bersiaran secara langsung di TikTok.
Suspek yang menggunakan akaun TikTok dikenali sebagai Selep Aceh Besar kini sedang disiasat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada orang ramai berhubung kandungan siaran langsung berkenaan.
Siasatan ke atas influencer masih diteruskan

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan Perundangan Daerah Satpol PP-Wilayatul Hisbah Aceh, Marzuki, pihaknya bukan sahaja menyiasat video yang tular, malah turut memperoleh beberapa rakaman lain yang dipercayai memaparkan perbuatan sama.
Video yang tular itu hanyalah salah satu daripada beberapa rakaman siaran langsung yang sedang kami siasat.- Katanya.
Suspek ditahan di kediamannya di sebuah kampung di Aceh Besar pada Khamis dan kini menjalani siasatan lanjut. Marzuki berkata, siasatan turut diperluaskan bagi mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siaran langsung tersebut.
Disiasat mengikut undang-undang syariah

Menurut Marzuki, suspek disiasat mengikut Qanun Aceh No. 13 Tahun 2025 yang merupakan pindaan kepada Qanun Jinayat berkaitan kesalahan jenayah syariah di wilayah itu.
Pihak berkuasa memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

