Connect with us

Oh! Media

“Dari RM300 Naik Ke RM800 Sebulan Tetap Bayar” – Lelaki Kecewa GL Insurans Ibu Kena Reject Bila Masuk Wad

Ohmedia ibu Sakit

Trending

“Dari RM300 Naik Ke RM800 Sebulan Tetap Bayar” – Lelaki Kecewa GL Insurans Ibu Kena Reject Bila Masuk Wad

Lelaki kecewa GL insurans ibu didakwa ditolak selepas berbelas tahun bayar polisi.

Bukan mudah bila ibu sendiri perlu dimasukkan ke hospital, apatah lagi apabila urusan rawatan yang disangka sudah dilindungi insurans tiba-tiba berdepan masalah.

Itulah yang diluahkan seorang lelaki dikenali sebagai Raja Shamri. Raja Shamri mendakwa Guarantee Letter (GL) untuk ibunya ditolak ketika wanita itu dimasukkan ke wad buat kali kedua dalam tempoh berbelas tahun.

Terpaksa bayar sendiri kos rawatan ibu guna wang simpanan

Individu ini berkata beliau sudah membayar insurans untuk ibunya selama berbelas tahun daripada RM300 hingga lebih RM800 sebulan.

IKLAN
Raja Shamri 2

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, ibunya hanya pernah dimasukkan ke wad sekali sebelum ini disebabkan demam dan sinus.

Namun kali ini, apabila ibunya sakit pinggang dan perlu dimasukkan ke wad, GL yang dimohon didakwa ditolak atas alasan yang dianggap tidak berkaitan.

Takpelah Mak … berbelas tahun saya bayar insurans untuk Mak baru sekali mak masuk wad asbab demam dan sinus. Tiba-tiba kali ni kali kedua mak warded dalam tempoh berbelas tahun ni mak sakit pinggang dan GL kena reject atas alasan yang tak ada kaitan langsung. Saya bayar sendiri saja lah bil hospital. Duit ASB dan tabung haji ada lagi sikit. InsyaAllah … yang penting mak dapat rawatan yang terbaik.

Walaupun jumlah bayaran meningkat, beliau berkata bayaran tetap diteruskan setiap bulan melalui standing instructions tanpa pernah terlepas.

Katanya lagi, selama ini beliau juga tidak membuat tuntutan untuk sakit kecil kerana mahu menjadi pelanggan yang baik.

Kita teminate sajalah polisi mak dengan Z**** ni walaupun sepatutnya matured last 8 tahun lagi umur mak 80. Ujian bagi kita bila jadi orang baik-baik … bayar guna standing instructions tak pernah miss setiap bulan. Sakit demam sikit-sikitpun kita tak masuk ward dan tak buat claim sebab nak jadi warganegara yang baik.

Dalam hantaran sama, Raja Shamri melihat syarikat insurans seolah-olah tidak mahu ‘cover’ orang tua yang masuk hospital. Beliau berpendapat, syarikat seolah-olah cuba cipta isu untuk pelanggan menamatkan polisi mereka.

Tapi kali ni baru kali kedua masuk wad kena reject GL. Nampak sangat mereka tak nak cover orang tua masuk hospital. Terasa seperti mereka create situasi agar kita terminate polisi … Apa guna mereka letak limit maturity umur 80 tahun.

Menerusi hantaran tersebut, Raja Shamri turut tagged Bank Negara Malaysia supaya isu ini mendapat perhatian pihak yang sepatutnya.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan lanjut daripada pihak yang disebut berhubung dakwaan berkenaan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas