Connect with us

Oh! Media

5 Info Wajib Tahu Sebelum Ambil Insurans Rumah, Bisnes

Branded

5 Info Wajib Tahu Sebelum Ambil Insurans Rumah, Bisnes

Insurans kereta dan perlindungan takaful bagi individu mungkin sudah biasa diambil kebanyakan kita. Tapi ramai yang masih kurang sedar mengenai insurans rumah dan bisnes. Apa yang perlu diambil tahu sebelum mengambil insurans ini?

‘Rumahku, Syurgaku’, untuk itu, amat penting kita melindungi kediaman sebagai syurga yang didiami seisi keluarga. Di rumah bermacam-macam peristiwa penting berlaku seperti memulakan hidup berkeluarga, menyambut kehadiran anak, melihat anak membesar, meluangkan aktiviti bersama dan bermacam lagi.

Insurans untuk pemilik rumah dan isi rumah

Perlindungan insurans rumah ini merangkumi 2 jenis iaitu untuk pemilik rumah dan isi rumah. Untuk pemilik rumah, perlindungan termasuk garaj, bangunan luar premis, lekapan dan lengkapan, dinding, pintu pagar serta pagar sekeliling premis.

Bagi isi rumah pula, insurans ini melindungi barangan rumah dan barangan peribadi yang terkandung di dalam kediaman dan dimiliki oleh anda atau mana-mana ahli keluarga anda yang biasanya menetap bersama anda.

Apa pula perlindungan perniagaan?

Perniagaan tidak kira saiznya adalah seperti ‘nyawa’ untuk pemilik. Jadi, amat penting untuk turut melindungi perniagaan dari musibah yang mungkin melanda tanpa diduga.

Untuk itu, penyedia perlindungan terkemuka, Zurich memperkenalkan Z-HomeProtect Takaful dan Takaful Zurich SME Business untuk memberi kelegaan kepada pemilik kediaman dan perniagaan.

Z-HomeProtect Takaful

Anda boleh memilih liputan yang anda ingini dan menyesuaikan pelan Z-HomeProtect Takaful mengikut keperluan anda. Terdapat 2 Seksyen yang anda boleh pilih Seksyen I (Pemilik rumah) atau II (Isi rumah) atau kedua-duanya untuk pelan yang lebih menyeluruh.

Antara jenis perlindungan adalah seperti berikut:
-Kebakaran
-Kilat
-Panahan petir
-Banjir
-Tangki air atau paip
-Pesawat
-Kebakaran dalam tanah
-Letupan
-Ribut taufan
-Gempa bumi
-Kecurian

Zurich SME Business Takaful

Di Zurich, mereka mempunyai 2 jenis perlindungan perniagaan untuk dipilih bergantung kesesuaian masing-masing.

Z One Business
Untuk pemilik perniagaan yang mahukan perlindungan ringkas namun menyeluruh.

Z Flexi Business
Bagi mereka yang mahukan kebebasan untuk memutuskan perlindungan perniagaan masing-masing.

Z Max Business
Pemilik perniagaan industri kecil dan sederhana, ini adalah perlindungan paling sesuai untuk anda.

Kedua-dua perlindungan ini boleh disesuaikan mengikut pelan masing-masing mengikut pilihan.

Penerimaan terjamin

Pemilik perniagaan menikmati penerimaan terjamin dengan syarat-syarat seperti:
-Terhad hanya untuk Construction Class 1A dan 1B
-Tiada kerugian sebelumnya bernilai lebih RM10,000
-Insurans atau takaful sebelumnya tidak pernah ditolak atau dibatalkan pembaharuan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Z-HomeProtect Takaful dan Zurich SME Business Takaful? Dapatkan info di di laman web, Facebook, Twitter, Linkedin dan Youtube Zurich Malaysia hari ini.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas