Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Dan Syed Saddiq Sudah Ada Tarikh Kahwin

Syed Saddiq Bella Astillah

Oh! Artis

Bella Astillah Dan Syed Saddiq Sudah Ada Tarikh Kahwin

Bella Astillah Dan Syed Saddiq sudah tetapkan tarikh kahwin dan direstui keluarga, namun tarikhnya masih dirahsiakan.

Bella Astillah dan Syed Saddiq akhirnya buka mulut mengenai perkembangan hubungan mereka yang memang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu memaklumkan tarikh perkahwinan mereka sudah pun ditetapkan dan perkara itu juga sudah mendapat restu daripada keluarga terdekat.

Tarikh perkahwinan sudah dipersetujui

Syed Saddiq's breath, flanked by a man in a red patterned shirt.

Menurut Syed Saddiq, keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya sudah dibincangkan bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

IKLAN

Perkara itu dikongsikan ketika dia tampil bersama Bella dalam siaran langsung podcast BASScast di platform TikTok Syed Saddiq malam tadi.

Tarikh telah pun ditetapkan. Alhamdulillah keluarga terdekat maksud saya ibu bapa atau dikalangan keluarga terdekat. Jadi tarikh telah kita bersetuju.- Katanya.

Bella Astillah dan Syed Saddiq masih perlu rahsikan tarikh

Ohmedia bella Astillah Syed Saddiq

Bagaimanapun, tarikh sebenar perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq masih belum boleh diumumkan kepada umum buat masa ini.

Difahamkan, pasangan itu sudah terikat dengan kontrak bersama sebuah stesen penyiaran dan perlu menghormati perjanjian yang telah dipersetujui.

Terdahulu, pengumuman awal yang dibuat menerusi media sosial pada sebelah petang membuatkan ramai peminat tertunggu-tunggu perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.

Persiapan lebih tenang

Ohmedia syed saddiq

Dalam sesi sama, Syed Saddiq turut berkongsi mengenai beberapa perkara lain termasuk perancangan membantu mencari dana untuk penduduk Muar menerusi acara larian nanti.

Sebelum ini, Syed Saddiq berkata dia kini dapat membuat persiapan perkahwinan bersama Bella dengan lebih tenang selepas kekal dibebaskan dalam kes membabitkan dana ARMADA enam tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan perkahwinan mereka dijangka berlangsung sebelum penutup tahun ini.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas