Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Dedah RM6.2 Juta Bantuan Untuk Rakyat Muar

Ohmedia syed Saddiq Hollywood

Oh! Negara

Syed Saddiq Dedah RM6.2 Juta Bantuan Untuk Rakyat Muar

Syed Saddiq dedah lebih RM6.2 juta bantuan disalurkan kepada penduduk Muar dalam tempoh 18 bulan.

Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi jadi perhatian selepas beliau menjawab dakwaan kononnya sudah hilang aura sebagai ahli politik.

Ahli Parlimen Muar itu sebaliknya menjelaskan, tugasnya untuk rakyat masih berjalan dan lebih RM6.2 juta bantuan telah disalurkan kepada penduduk di kawasan Parlimen Muar sepanjang 18 bulan lalu.

Syed Saddiq sudah salur bermacam bentuk sokongan untuk Muar

Ohmedia bella Syed Saddiq

Menurut laporan BH Online, Syed Saddiq berkata bantuan itu diagihkan hasil usaha mendapatkan dana serta pelbagai bentuk sokongan untuk penduduk Muar.

IKLAN

Katanya, usaha itu dibuat sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan terus terbela meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Saya tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab. Boleh lihat rekod saya di Parlimen. Bukan sahaja catat kehadiran 100 peratus, malah, hadir sepenuhnya pada mesyuarat peringkat jawatankuasa serta terbabit dalam pindaan Perlembagaan.- Katanya.

Mahu terus fikir di luar kotak

Syedsaddiq

Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa beliau dikatakan sudah hilang aura sebagai ahli politik susulan penglibatannya dalam pelbagai projek termasuk sektor komersial dan industri hiburan.

Saya tidak mahu culas. Dalam melaksanakan tanggungjawab, saya perlu berfikir di luar kotak dan akan terus menggunakan pendekatan itu demi membela rakyat saya.- Katanya.

Menurut Syed Saddiq, enam tahun bergelar ahli politik bukan satu perjalanan yang mudah. Sepanjang tempoh itu, beliau terpaksa membuat beberapa keputusan sukar termasuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman terhadapnya sebelum ini.

Syed Saddiq ambil keputusan ke belakang

Syed saddiq 1

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana beliau percaya seorang pemimpin perlu mempunyai tahap integriti yang tidak boleh dipertikaikan.

Saya percaya jika kita mahu bangunkan negara, kita perlu menjadi lebih putih daripada putih (whiter than white).

Sebab itu saya ambil sedikit langkah ke belakang untuk membuktikan kebenaran di mahkamah dan membersihkan nama saya. Alhamdulillah, sekarang saya sudah berjaya membuktikannya.- Katanya.

Baginya, pemimpin yang mahu membangunkan negara perlu bersih dan berani membuktikan kebenaran melalui saluran yang betul.

Pssttt! Dalam politik ni, aura sahaja tak cukup kalau kerja tak jalan. Apa pun, rakyat akhirnya akan tengok rekod, usaha dan keberanian seseorang wakil rakyat untuk terus turun padang bila kawasan mereka perlukan pembelaan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas