Oh! Tidak
Nadiem Makarim Dihukum Penjara 10 Tahun Dalam Kes Rasuah Chromebook
Nadiem Makarim dihukum penjara 10 tahun berhubung kes rasuah projek Chromebook di Indonesia.
Nama Nadiem Makarim sekali lagi jadi perhatian selepas mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman penjara terhadap bekas Menteri Pendidikan Indonesia itu.
Bukan calang-calang kes, keputusan ini membabitkan projek perolehan komputer riba Chromebook di bawah kontrak kerajaan yang sebelum ini menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa.
Hukuman penjara 10 tahun

Menurut laporan Reuters, Nadiem, 41, didapati bersalah atas tuduhan rasuah berkaitan perolehan komputer riba Chromebook. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap beliau pada Selasa.
Untuk korang yang mungkin tak familiar, Nadiem bukan sahaja bekas menteri, malah dikenali sebagai pengasas bersama Gojek, antara syarikat teknologi terbesar di Asia Tenggara.
Sebelum ini, Nadiem menafikan semua tuduhan terhadapnya. Beliau mendakwa kes tersebut mempunyai unsur politik, sekali gus mencetuskan perhatian ramai di Indonesia.
Dakwaan itu turut mendapat sokongan beberapa ahli akademik dan aktivis hak asasi di negara berkenaan.
Keputusan KES Nadiem Makarim beri kesan kepada keyakinan pelabur

Kes melibatkan Nadiem Makarim ini juga dilihat memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap Indonesia.
Laporan menyebut nilai mata wang rupiah dan pasaran saham turut terkesan susulan kebimbangan terhadap tadbir urus serta ketidaktentuan dasar.
Apa pun, kes sebegini memang besar impaknya kerana ia melibatkan nama besar dalam dunia teknologi dan pentadbiran kerajaan.
Pssttt! Kes Nadiem Makarim ini jadi peringatan bahawa isu tadbir urus dan ketelusan bukan benda kecil, lebih-lebih lagi bila melibatkan projek kerajaan bernilai besar. Dalam dunia yang serba cepat ni, keyakinan rakyat dan pelabur boleh goyah hanya dengan satu kes besar macam ini.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

