Connect with us

Oh! Media

“Tak Tahu Apa Tujuan Individu Tersebut” – Hisyam Hamid Berang Dituduh Ke Rumah Erysha Emyra

Ohmedia erysha Emyra 1

Oh! Artis

“Tak Tahu Apa Tujuan Individu Tersebut” – Hisyam Hamid Berang Dituduh Ke Rumah Erysha Emyra

Hisyam Hamid menyifatkan gosip itu sebagai fitnah tidak berasas.

Baru-baru ini, nama pelakon Hisyam Hamid tiba-tiba menjadi perhatian selepas muncul dakwaan liar yang mengaitkannya dengan rakan pelakon, Erysha Emyra.

Memetik laporan mStar, Hisyam menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar di media sosial itu tidak benar dan langsung tidak berasas.

Hisyam Hamid kecewa dengan tuduhan liar

Aktor itu mengakui dirinya bukan sahaja kecewa, malah marah apabila namanya dan Erysha dipalitkan dengan cerita sedemikian.

IKLAN

Sepanjang berada dalam industri seni, Hisyam menganggap dakwaan tersebut antara gosip paling pelik pernah dikaitkan dengannya.

Mungkin juga sebab kami tengah bekerjasama (dalam drama) jadi saya pun terjebak sekali. Tapi ia bukan sesuatu yang membuat saya bimbang. Saya menafikan dakwaan tersebut.

Walaupun terkejut apabila namanya terseret dalam kontroversi itu, bapa kepada dua cahaya mata berkenaan memilih untuk tidak terus melayan perkara tersebut.

Saya hanya fikir apa yang akan berlaku di hadapan dan akaun tersebut pun dah tak ada.

Dalam masa sama, Hisyam lebih bimbang terhadap keadaan Erysha kerana gosip itu muncul ketika aktres berkenaan sedang berdepan detik sukar melibatkan kesihatan bapanya.

Sudah tentu perkara itu memberi kesan kepada Erysha sebab masa benda itu jadi, saya dekat Singapura dan ayah dia pula dekat ICU (Unit Rawatan Rapi). Jadi sudah tentu ia memberi kesan. Banyak perkara yang dia sedang lalui. Jadi, bagi saya biarkan saja gosip itu sebab lama kelamaan ia akan hilang sendiri.

Hisyam turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Erysha hanyalah sebagai rakan dalam industri dan teman sekerja.

Hisyam Hamid 1

Kehadirannya ke kenduri tahlil arwah bapa Erysha juga bukan sesuatu yang luar biasa kerana ramai lagi kenalan lain turut berada di majlis tersebut.

Pssttt! Kadang-kadang, hubungan baik antara rakan sekerja mudah disalah tafsir sehingga mencetuskan fitnah yang tidak sepatutnya. Lebih baik semak dahulu kesahihan sesuatu dakwaan sebelum menyebarkannya kerana gosip boleh memberi tekanan kepada individu yang sedang melalui waktu sukar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas