Connect with us

Oh! Media

Kartel Monopoli Projek, Pengarah Dan Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Antara 13 Direman Kes Rasuah RM2.5 Juta

Sprm Rasuah

Oh! Tidak

Kartel Monopoli Projek, Pengarah Dan Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Antara 13 Direman Kes Rasuah RM2.5 Juta

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat antara tahun 2024 hingga 2026.

Kegiatan memonopoli projek di sebuah agensi kerajaan di utara tanah air dipercayai terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 13 individu.

Memetik laporan Harian Metro, antara yang direman ialah seorang pengarah dan bekas pengarah agensi kerajaan yang disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2.5 juta daripada kontraktor.

Kontraktor didakwa bayar rasuah hingga 15 peratus

Sprm

Rasuah itu dipercayai menjadi balasan untuk melantik syarikat-syarikat kontraktor yang berada di bawah kawalan ejen kartel.

IKLAN

Pelantikan tersebut didakwa membolehkan kumpulan terbabit menguasai kerja lantikan terus dan sebut harga yang ditawarkan oleh agensi kerajaan itu.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM berkata, suspek terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita berusia antara lingkungan 30 hingga 60-an.

Daripada jumlah itu, dua penjawat awam dan seorang pengarah syarikat direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2026. Kontraktor yang ditahan mengesahkan mereka perlu membayar rasuah antara 10 hingga 15 peratus kepada orang tengah untuk diberikan kepada pengarah dan bekas pengarah agensi kerajaan tersebut.

Baki 10 suspek pula dikenakan perintah reman selama lima hari bermula semalam hingga Sabtu bagi membantu siasatan.

SPRM geledah 25 lokasi, sita wang tunai RM1.5 juta

Kartel
Kredit foto Harian Metro

Dalam Op Drain, pasukan Bahagian Siasatan SPRM turut menjalankan serbuan dan pemeriksaan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang serta Perak.

Sebanyak 25 lokasi melibatkan kediaman, premis pejabat dan agensi kerajaan digeledah sepanjang operasi berkenaan.

SPRM menyita wang tunai kira-kira RM1.5 juta, sebuah jam tangan mewah, dua kenderaan, sebuah motosikal berkuasa tinggi serta barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta.

Pssttt! Perbuatan rasuah boleh menutup peluang kepada kontraktor lain yang layak dan merosakkan keyakinan rakyat terhadap sesebuah agensi. Siasatan menyeluruh perlu dilakukan agar pihak yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan sekiranya terbukti bersalah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas