Oh! Artis
Bob Tampil Beri Maklum Balas Selepas Dikaitkan Isu Putus Cinta Dengan Azleynaa
Bob tampil beri maklum balas selepas namanya dikaitkan dengan isu putus cinta bersama Azleynaa di Threads.
Sebelum ini, nama Bob menjadi perhatian selepas seorang wanita dikenali sebagai Azleynaa meluahkan rasa terkilan di Threads berhubung hubungan mereka.
Azleynaa mendakwa dia dan Bob sudah berpisah, namun namanya masih dikaitkan selepas timbul dakwaan melibatkan gambar Bob bersama kakaknya sendiri.
Bob tampil beri maklum balas

Tidak lama selepas isu itu menjadi bualan ramai, Bob akhirnya tampil memberi maklum balas menerusi satu hantaran di Threads.
Dalam hantaran tersebut, Bob seolah-olah tidak senang apabila kisah peribadinya menjadi perhatian netizen. Dia berkata soal putus cinta antara dirinya dan kekasih adalah urusan peribadi mereka.
Aku break ngan awek aku aku punya hal korang sibuk asal?- Tulisnya.
Kenyataan Bob undang perhatian

Menerusi hantaran sama, Bob meminta orang ramai menjaga pasangan masing-masing dan mendakwa dia tidak mempunyai masalah untuk mempunyai lebih daripada seorang wanita.
Jaga je awek korang yang muka tak siap tu, Aku nak ada dua tiga perempuan pun apa masalah aku ada duit, aku comel.- Tulisnya.
Susulan maklum balas itu, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang mula berdebat tentang kenyataan Bob. Ada yang menganggap kenyataan itu sekadar provokasi, namun tidak kurang juga yang mengecam cara Bob membalas isu tersebut.
Setakat ini, kedua-dua pihak hanya berkongsi kenyataan menerusi Threads dan tiada penjelasan lanjut mengenai dakwaan yang menjadi punca sebenar pertikaian tersebut.
Pssttt! Dalam hal hubungan, lagi-lagi bila sudah masuk ruang media sosial, memang mudah sangat orang luar masuk campur. Tapi sebaiknya, kalau ada masalah peribadi, selesaikan dengan matang tanpa merendahkan mana-mana pihak. Sekali dah viral, susah nak tarik balik apa yang sudah ditulis.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.