Trending
“Maaf Jika Adik Pernah Melukakan Hati Kalian” – Keluarga Jaslinda Terkesan Dengan Kecaman Netizen
Kakak Jaslinda rayu orang ramai lebih berempati ketika operasi pencarian diteruskan.
Di saat keluarga masih menanti khabar tentang pendaki Jaslinda Saludin, dugaan yang mereka lalui nampaknya bukan hanya tertumpu kepada operasi pencarian semata-mata.
BACA: Nota Atas Tanah Jadi Bukti, Jaslinda Sempat Sampai Puncak Gunung Batu Putih
Sebaliknya, keluarga Jaslinda turut terkesan dengan kecaman dan andaian netizen yang dilihat begitu mudah menghukum tanpa mengetahui keseluruhan cerita.
Keluarga sedih baca komen netizen
Menerusi satu perkongsian di TikTok, individu dipercayai ahli keluarga Jaslinda meluahkan rasa sedih apabila membaca pelbagai komen yang ditinggalkan orang ramai di media sosial.

Menurutnya, pengalaman yang dilalui keluarga mereka sejak kebelakangan ini membuka mata tentang betapa kejamnya dunia internet.
Luahnya lagi, setiap kata-kata yang ditulis netizen memberi kesan kepada keluarga yang sedang menahan rasa sakit dalam situasi sukar ini.
Dalam hantaran sama, ahli keluarga itu turut mengingatkan orang ramai bahawa belas kasihan sepatutnya hadir sebelum seseorang membuat sebarang hukuman atau andaian.
Maaf jika adik Min ada atau pernah melukakan hati kalian. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mereka yang tak putus-putus berdoa dan yang masih berusaha dalam pencarian adik Min, Jaslinda Saludin.
Dalam nada sebak, ahli keluarga tersebut turut memohon maaf sekiranya Jaslinda ada atau pernah melukakan hati sesiapa sebelum ini.

Terdahulu, kisah kehilangan Jaslinda menjadi perhatian ramai selepas dia dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian.
Menerusi perkongsian sebelum ini, ahli keluarganya turut merayu orang ramai agar mendoakan Jaslinda dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengguris perasaan keluarga.
Dalam masa sama, keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus berdoa serta terlibat dalam usaha pencarian Jaslinda.
Pssttt! Dalam situasi keluarga sedang diuji, kata-kata yang ditulis di media sosial mungkin nampak kecil bagi kita, tetapi boleh meninggalkan kesan besar kepada mereka yang sedang menanggung luka.
Kredit: TikTok min_jd74
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.