Connect with us

Oh! Media

“Takut Orang Beli Pakai, Saham I Kat Akhirat…” – Ozlynn Waty Takkan ‘Prelove’ Baju Ketat, Sanggup Rugi Di Dunia

Ohmedia johan Ozlynn

Oh! Artis

“Takut Orang Beli Pakai, Saham I Kat Akhirat…” – Ozlynn Waty Takkan ‘Prelove’ Baju Ketat, Sanggup Rugi Di Dunia

Ozlynn Waty akui kini lebih suka hidup sederhana.

Bila bercakap soal barangan mewah dan gaya hidup, setiap orang pastinya ada pandangan serta fasa kehidupan masing-masing.

Terbaru, pelakon Ozlynn Waty mencuri perhatian selepas meninggalkan komen pada satu perkongsian mengenai pembelian beg tangan mahal yang mencecah harga RM10,000, RM20,000 atau lebih.

Ozlynn Waty pilih hidup lebih sederhana sekarang

Menerusi komen tersebut, Ozlynn mengakui dia dahulu pernah membeli beg tangan mahal kerana minat dan memilih warna yang sukar didapati serta edisi terhad.

IKLAN

Bagaimanapun, isteri kepada pelawak Johan itu menjelaskan koleksi beg berkenaan bukanlah untuk tontonan umum, sebaliknya hanya diketahui oleh beberapa rakan terdekat.

Namun, Ozlynn berkata pandangannya kini sudah berubah apabila melihat semula koleksi beg miliknya dan mula memikirkan soal akhirat.

Kredit Thread Jozlynnhanania

Lebih menyentuh hati, Ozlynn turut menyatakan dia tidak akan menjual semula pakaian mahal yang labuh tetapi masih mengikut bentuk tubuh kerana bimbang jika ia dipakai orang lain kelak.

Ozlynn Johan

Dalam masa sama, Ozlynn membayangkan mungkin ada antara koleksi beg miliknya yang akan dijual, di mana dia kini lebih selesa memilih kehidupan yang ringkas dan tenang.

Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi pandangannya bahawa dia tidak dapat menjustifikasikan pembelian beg tangan berharga RM10,000, RM20,000 atau lebih.

Menurut hantaran tersebut, beg tangan murah juga sudah cantik dan harga yang mahal tidak semestinya membuatkan seseorang kelihatan lebih bergaya.

Pssttt! Setiap orang ada fasa dan perjalanan hidup masing-masing. Ada masa kita suka sesuatu kerana minat, namun bila usia dan cara fikir berubah, ketenangan pula menjadi keutamaan.

Kredit: Thread Jozlynnhanania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas