Connect with us

Oh! Media

Kerja 22 Tahun Di Stesen Minyak Tapi Gaji Masih Bawah RM2,500

Ohmedia gaji stesen minyak

Oh! Tidak

Kerja 22 Tahun Di Stesen Minyak Tapi Gaji Masih Bawah RM2,500

Kisah wanita kerja 22 tahun di stesen minyak dengan gaji bawah RM2,500 buat ramai terkejut

Ketika ramai sekarang berlumba cari kerja dengan gaji lebih tinggi, lain pula kisah seorang wanita ini yang memilih untuk kekal bekerja di tempat sama selama lebih dua dekad. Apa yang buat ramai terkejut, gajinya dikatakan masih lagi bawah RM2,500 walaupun sudah 22 tahun berkhidmat.

Perkongsian wanita itu di media sosial terus mengundang perhatian ramai. Dia mendedahkan mula bekerja di sebuah stesen minyak sejak 31 Mei 2004 dan masih bertahan sehingga hari ini walaupun kos sara hidup semakin mencabar.

Gaji 22 tahun jadi perhatian ramai

Kredit Foto intansuhailayahya

Wanita itu berkongsi bahawa dia masih menyimpan payslip pertama ketika mula bekerja lebih 20 tahun lalu. Luahan itu buat ramai netizen tersentak dan mula mempersoalkan soal kenaikan gaji sepanjang tempoh perkhidmatannya.

IKLAN

Hai guys. Hari ini 31 Mei genap 22 tahun saya bekerja di tempat yang sama. Selagi masih boleh bertahan mental ni stay jelah ya. Payslip pertama masih tersimpan rapi.- Katanya.

Netizen turut menyifatkan situasi itu sebagai satu bentuk penindasan halus. Ada yang mengira jika kenaikan tahunan diberikan secara konsisten, wanita itu sepatutnya sudah menerima gaji jauh lebih tinggi ketika ini.

Kenapa masih pilih untuk bertahan?

Kredit Foto intansuhailayahya

Menjawab persoalan ramai, wanita itu menjelaskan ada beberapa sebab utama mengapa dia masih setia bekerja di situ. Antaranya kerana lokasi tempat kerja yang dekat dengan rumah dan majikan yang fleksibel terhadap urusan keluarga.

Menurutnya lagi, sebagai ibu tunggal sejak tahun 2018, kelonggaran masa yang diberikan majikan sangat membantu terutama untuk urusan menghantar dan mengambil anak sekolah. Malah proses cuti dan pertukaran syif juga lebih mudah berbanding tempat lain.

Selain itu, faktor usia juga menjadi salah satu sebab dia keberatan untuk bertukar kerja. Dia bimbang perlu bermula semula dengan gaji asas yang lebih rendah sekiranya berpindah ke tempat kerja baru.

Ada yang anggap sebagai pedoman hidup

Kredit Foto intansuhailayahya

Difahamkan, wanita itu masih memegang jawatan juruwang sepanjang berada di stesen minyak tersebut. Disebabkan itu, ada netizen mencadangkan supaya dia menambah kemahiran baru untuk membuka peluang mendapatkan pendapatan lebih tinggi.

Namun dalam masa sama, ada juga yang melihat perkongsian itu dari sudut berbeza. Bagi mereka, kisah ini mengajar tentang erti syukur, kestabilan hidup dan memilih ketenangan berbanding mengejar sesuatu yang belum pasti.

Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup ni bukan semua orang berani ambil risiko untuk bermula semula, lebih-lebih lagi bila dah ada komitmen keluarga dan faktor usia. Tapi dalam masa sama, penting juga untuk korang sentiasa upgrade diri dan tambah skill supaya nilai diri dalam pekerjaan terus meningkat.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas