Connect with us

Oh! Media

Daging Korban Ditinggal Atas Pagar Sampai Berulat, Tuan Rumah Luah Rasa Serba Salah

Ohmedia surau

Trending

Daging Korban Ditinggal Atas Pagar Sampai Berulat, Tuan Rumah Luah Rasa Serba Salah

Individu luah rasa serba salah lihat daging korban rosak.

Setiap kali tibanya musim korban, pasti ramai yang terharu menerima agihan daging korban daripada pihak surau, masjid atau penduduk kampung.

Namun, lain pula kisah yang dikongsikan seorang individu ini apabila daging korban yang ditinggalkan di rumahnya dipercayai sudah rosak dan berulat kerana mereka tiada di rumah selama beberapa hari.

Daging korban ditinggalkan atas pagar

Ulat

Menerusi perkongsian di Facebook, individu berkenaan memaklumkan dia tetap berterima kasih kerana keluarganya menerima daging korban setiap tahun.

IKLAN

Katanya, jika agihan datang daripada kejiranan, kebiasaannya penduduk akan menghubungi atau memaklumkan terlebih dahulu di dalam kumpulan taman.

Bagaimanapun, dia kurang pasti kaedah agihan yang digunakan oleh pihak kampung berhampiran sehingga daging korban itu ditinggalkan begitu sahaja di atas pagar rumah.

Alhamdulillah pertama sekali saya ucapkan terima kasih dengan daging korban yangg rumah kami dapat setiap tahun, kalau dari kejiranan selalunya mereka akan call/inform daIam group taman, kalau dari kampung berhampiran saya tak pasti cara
agihan. Maybe lepasni saya akan inform untuk pihak surau kampung sebelah hentikan sumbangan kepada rumah kami, berilah kepada yang lebih memerlukan, sebab mereka tak dapat inform kami, tahun ni kami di luar kawasan beberapa hari, tau-tau daging
dah ditinggalkan atas pagar dah berulat camtu…

Menurut individu itu lagi, selepas kejadian tersebut, dia mungkin akan memaklumkan kepada pihak surau kampung berhampiran supaya menghentikan sumbangan daging korban kepada rumahnya.

Bukan kerana tidak menghargai pemberian, tetapi dia merasakan lebih baik daging tersebut diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan sebuah bekas berisi daging diletakkan di atas tiang pagar rumah. Keadaan itu dipercayai menyebabkan daging berkenaan rosak kerana terdedah terlalu lama.

Pssttt! Niat memberi daging korban itu memang sangat baik dan wajar dihargai. Namun, dalam urusan agihan, komunikasi juga penting supaya sumbangan sampai dalam keadaan elok dan tidak berlaku pembaziran.

Mungkin selepas ini pihak yang menguruskan agihan boleh hubungi penerima terlebih dahulu atau tinggalkan pesanan dalam kumpulan penduduk. Sayang juga kalau daging korban yang sepatutnya dimanfaatkan akhirnya rosak begitu sahaja.

Kredit: Facebook Suzedzul
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas